HIBURAN
“Dia Ingat Seronok Sangat Ke Jadi Pelakon?” - Faezah Elai Persoal Tujuan Asal Pendatang Baharu Dalam Industri Seni
Lambakan pendatang baharu dalam industri seni antara salah salah faktor pelakon Faezah Elai mula selektif untuk muncul dalam mana-mana naskhah.
Relevan dalam dunia hiburan
Faezah atau Noor Faezah Md Elai, 42, juga mempunyai pandangan peribadi mengenai hala tuju pelakon masa kini yang dilihat tidak kekal lama dan relevan dalam dunia hiburan.
"Saya bukan tidak mahu berlakon cumanya zaman sekarang saya lihat terlalu ramai pelakon baharu. Jika dahulu, kita mudah ingat wajah dan nama pelakon, tetapi zaman sekarang agak susah kenal pasti disebabkan terlalu ramai.
"Malah saya lihat situasi pelakon baharu sekarang mereka cepat datang dan hilang juga cepat. Ini juga berkait rapat soal kualiti, sebab itu lihat ramai yang hilang selepas dua tiga tahun muncul,” katanya.
Persoal tujuan asal
Mengakui melihat perbezaan mengenai kualiti pelakon dahulu dan sekarang, Faezah turut mempersoalkan tujuan asal pendatang baharu yang menceburkan diri dalam dunia seni.
ARTIKEL BERKAITAN: 14 Tahun Melayari Bahtera Perkahwinan, Faezah Elai Kongsi Tip Kebahagian - "Kita Kena Menyuarakan Perkara Yang…"
ARTIKEL BERKAITAN: "Syukur Walau Ada Anggap Saya Sendu, Ada Jenama Pilih Saya" - Faezah Elai Terkejut Dilantik Jadi Wajah Kempen Tudung Mawar Cotton!
"Mungkin segelintir pendatang baharu ini mahu berlakon disebabkan mahu 'glamour', dia ingat seronok sangat ke jadi pelakon?
"Kalau zaman awal pembabitan saya dalam industri perlu berlakon banyak drama dan beratus episod barulah orang ramai akan kenal kita melalui bakat. Zaman sekarang kau menari dah boleh jadi pelakon.
"Disebabkan itu juga nilai apreasiasi tiada, itu yang mereka merasakan apabila tidak lagi mahu berlakon terus buat perkara lain,” ujarnya.
Dalam pada itu, disoal adakah situasi tersebut memberi kesan dan merosakkan imej industri tempatan, Faezah tidak menafikan.
Must-Watch Video