HIBURAN
14 Tahun Melayari Bahtera Perkahwinan, Faezah Elai Kongsi Tip Kebahagian - "Kita Kena Menyuarakan Perkara Yang…"
Pelakon Faezah Elai, berkongsi tip keharmonian rumah tangga sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-14 bersama pengarah terkenal, Heykal Hanifah.
Menerusi perkongsian di TikTok, Faezah atau nama sebenarnya, Noor Faezah Md Elai, 42, berkata sifat kontra adalah perkara yang penting dan juga kunci dalam sebuah perkahwinan.
“Sebenarnya dalam perkahwinan ini, perlu kontra. Susah untuk saya bagi tips rumah tangga, sebab perangai suami saya tak sama dengan saya,” katanya.
Kata aktres lagi, pergaduhan merupakan perkara biasa dalam sesebuah perkahwinan dan tidak seharusnya dianggap sebagai sesuatu yang negatif.
“Pergaduhan adalah perkara biasa dan diperlukan dalam sebuah hubungan. Kita kena menyuarakan perkara yang kita tak suka,” jelasnya.
Bagaimanapun, Faezah sempat bergurau sambil memberi satu tip ringkas buat para isteri untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga dimana para suami perlu diam dan membiarkan isteri yang bercakap.
“Tips rumah tangga bahagia adalah jangan bagi suami cakap bagi sahaja isteri yang bercakap,” selorohnya.
Sekadar info, Faezah dan Heykal selamat mendirikan rumah tangga pada September 2011.
Mereka juga dikurniakan dua cahaya mata Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna hasil dari perkahwinan mereka.
BERITA BERKAITAN: Ini Sobab Aposal Faezah Elai Suko Bonar Cerito Gemencheh Boys… Ekau Ghaso?
BERITA BERKAITAN: "Syukur Walau Ada Anggap Saya Sendu, Ada Jenama Pilih Saya" - Faezah Elai Terkejut Dilantik Jadi Wajah Kempen Tudung Mawar Cotton!
BERITA BERKAITAN: “Heykal Sakit Ke?”- Penampilan Kurus Suami Faezah Elai Jadi Perhatian, Ini Jawapan Si Isteri
BERITA BERKAITAN: “Macam Voice Over Suara Barbie” – Anak Faezah Elai Jadi Perhatian! Speaking Power, Comel Macam Lalisa
Must-Watch Video