Isteri kepada penyanyi rap, Caprice, Farra Inalis bersyukur dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Farra berkongsi sebelum ini dia pernah hilang kepercayaan terhadap lelaki.

“Tak pernah terfikir Elis akan merasai detik atau perasaan sesempurna ni. Masyaallah… My small, beautiful family.

“Jujur Elis beritahu Elis hilang kepercayaan terhadap lelaki, mudah timbul rasa benci. Nak kata trauma tak jugak.

“Mungkin sebab terlalu banyak benda pahit Elis lalui dan pendam sendiri, terlalu berdikari jadi saya fikir memang tak perlukan LELAKI dalam hidup. (Waktu itu lah, sebab tengah marah kan),” coretnya.

Bagaimanapun segala persepsi itu mula berubah selepas mengenali Caprice selain terharu melihat layanan penyanyi rap itu terhadap anaknya, Aleesya Sofea.

“Alhamdulillah, segala luka tu terubat dengan adanya insan yang bergelar suami hari ini, seorang penyayang, bertanggungjawab, selalu bagi semanggat bila down.

“Bab adik memang tak boleh komen langsung, dia jaga 10/10 macam anak sendiri. Terima kasih untuk segalanya cinta syurgaku @daddycapofficial.

“Pengajarannya dekat sini… Dalam hidup ini kita jangan pernah salahkan atau persoalkan takdir kita. Semua berlaku ada sebab yang jauh lebih baik dari apa yang kita sangka,” coretnya.

A post shared by ________?ELIS?_______ (@farra_inalis)

Menerusi hantaran sama, Farra Inalis atau lebih mesra dengan panggilan Elis turut mendoakan mereka yang berdepan dengan dugaan supaya kuat dan bersabar mengharungi ujian.

“Apa-apa pun Elis doakan siapa-siapa tengah lalui ujian atau dugaan dalam hidup, jangan pernah putus asa untuk doa.

“Bersangka baik and be the best version of you. InsyaAllah, benda jauh lebih baik menanti depan hari okay,” tulisnya.

Caprice dan Farra Inalis telah berkahwin pada November tahun lalu.

Elis juga merupakan seorang ibu tunggal dan memiliki seorang anak perempuan daripada perkahwinan terdahulu.