Hiburan

“Dia Kata Allah Bagi Perasaan Itu” - Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Pernah Minta Cerai

gempak
Mya Amri
03/04/2024
16:00 MYT
Sponsor Banner
“Dia Kata Allah Bagi Perasaan Itu” - Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Pernah Minta Cerai
Susulan kontroversi rumah tangganya, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mendedahkan suaminya, Aliff Aziz pernah meminta untuk berpisah secara baik pada Februari lalu.
Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, ketika itu hubungan mereka dalam keadaan baik malah pemintaan suaminya juga dilakukan secara mengejut.
"Sebenarnya sebelum ini pada 14 Februari, Aliff minta cerai... dia kata dia sudah tiada perasaan... sudah tak rasa apa-apa.
"Masa itu pelik kenapa tiba-tiba nak minta cerai... tiada ribut tiada angin tapi Aliff kata Allah bagi perasaan itu," katanya kepada Gempak.
Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di K Town BBQ Bukit Jelutong pada Rabu.

Bella merayu demi anak-anak

Jelas Bella lagi, ketika itu dia tidak mengetahui hubungan Aliff bersama Ruhainies walaupun suaminya itu sudah mula berubah sikap.
Bagaimanapun atas dasar sayang, dia merayu dan memujuk Aliff agar tidak berpisah demi anak-anak.
"Masa itu saya tidak tahu lagi tentang kewujudan Ruhainies ini, jadi saya merayu dengan dia supaya kesian pada anak-anak.
"Saya pujuk Aliff siap hantar video... tapi dia kata dia sudah tak rasa apa-apa pun. Dia cakap nak cerai pada 31 Mac dimana selepas habis penggambaran drama. Sekarang saya tahu semua ini rancangan Ruhainies," ujarnya.

Bella cari petunjuk Allah

Tambah Bella, sepanjang tempoh menunggu itu dia mencari petunjuk Allah SWT agar melindungi keluarganya.
Namun tidak menyangka menerima khabar Aliff ditangkap kahlwat bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.
"Sepanjang saya menunggu dia nak ceraikan saya itu... saya melalui hari-hari itu macam tiada semangat. Kenapa saya nak kena cerai dengan tiba-tiba.
"Kami gembira pergi Penang sama-sama, kenapa tiba-tiba. Sebab itu saya solat istiqarah... sebelum dia nak ceraikan saya Allah tunjukkan kes khalwat... inilah jawapannya.
"Ini sebab tak pulang rumah dan nak cerai, pada saya jangan fitnah itu sesuatu yang sangat teruk sebabnya ibu," luahnya.

BERITA TRENDING: “Curang Dengan Adik Saya Sendiri” - Bella Astillah Dedah Sudah Dicurangi 11 Kali

Sebelum ini, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.
Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok (Khamis) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live