Hiburan

“Dia Kata Dia Nak Cepat Dapat Baby Sebab…” – Fasha Sandha Kongsi Tips Hamil

gempak
Mya Amri
22/05/2019
10:16 MYT
Sponsor Banner
“Dia Kata Dia Nak Cepat Dapat Baby Sebab…” – Fasha Sandha Kongsi Tips Hamil
Pelakon Fasha Sandha akui menerima banyak mesej dan soalan daripada pengikut Instagramnya mengenai kehamilannya.
Menurut Fasha, ramai yang menginginkan petua agar hamil dengan cepat dan disebabkan permintaan itu juga isteri kepada aktor Aidil Aziz ini juga berkongsi tips hamil menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya.
“Syukur Alhamdulillah. Kali ke dua nampak suami mengalirkan air mata semalam (kali pertama di hari pernikahan kami).
“Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, Redha, semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan.
“Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil~ Ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian.
“Saya ingin kongsi pada semua. Jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle.
“Selepas pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya ~ belum lagi sayang. Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan-kawan di umur dia kebanyakan dah 2-3 anak.
“Oh… Dia nak mintak baby cepat. Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambah kan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat.
“Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada Nya. Syukur. Alhamdulillah, Allah maha mengetahui.
“Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah.
“Saya sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali kedua sebab terlalu selesa menjadi ibu tunggal.
“Tiba-tiba je Allah buat kita terkenal tanpa dirancang dan sama-sama tersuka, dan dan selamat menjadi suami isteri.
“Lagi satu, selalu kena ingat ‘semua dalam dunia ni adalah ‘pinjaman’ Allah yang bagi dan Allah berhak ambil balik bila-bila masa je cuma kita teruskan berdoa agar pinjaman Allah ni berkekalan sehingga ke Akhir hayat. Insya-Allah.
“Tahu tak, semalam satu studio menangis. I terkejut tengok, cuma tak sempat nak rakam je. Rugi tak letak camera di semua tempat.
“Kenangan manis. Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak instant dan 1 anak kita).
“Insya-Allah kalau ada rezeki dan dipermudahkan, due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur #aidilfasha #motherof3,” coretnya.
Syukur Alhamdulillah Kali ke dua nampak suami mengalirkan air mata semalam(kali pertama di hari pernikahan kami) Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, Redha ? semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan. Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil~ Ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian. ? Saya ingin kongsi pada semua, Jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle. Selepas Pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya ~ belum lagi sayang. Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan2 di umur dia kebanyakan dan 2-3 anak. Oh.. dia nak mintak baby cepat?.Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambah kan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat. Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah Maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada Nya. Syukur Alhamdulillah , Allah maha mengetahui. Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah..Sy sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali ke dua sbb terlalu selesa menjadi ibu tunggal. Tiba2 je Allah buat kita terkenal tanpa dirancang, dan sama2 tersuka, dan dan selamat menjadi suami isteri. Lagi satu, selalu kena ingat ‘ semua dalam dunia ni adalah ‘Pinjaman’, Allah yang bagi, dan Allah berhak ambil balik bila2 masa je, cuma kita teruskan berdoa agar Pinjaman Allah ni berkekalan sehingga ke Akhir hayat, Insyaallah.Gambar ni diambil semalam di studio adikku @pinography . Terima kasih adik! @arymuzamer juga.Tahu tak , semalam satu studio menangis ?I terkejut tengok, cuma tak sempat nak rakam je. Rugi tak letak camera di semua tempat .. ? kenangan manis ❤️?Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak instant dan 1 anak kita) ?Insyaallah kalau ada rezeki dan dipermudahkan,due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur ❤️?#aidilfasha #motherof3
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Terdahulu, Fasha mengumumkan berita gembira mengenai kehamilannya menerusi Instagramnya semalam.
BACA: Bakal Bergelar Bapa, Air Mata Aidil Aziz Gugur Terima Berita Kehamilan Fasha Sandha
Fasha dan Aidil telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac lalu.
Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil manakala Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Foto: Instagram @fashasandha
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live