Aktor Norman Hakim membuat tanda tanya di akaun Instagram (IG) miliknya mengenai isteri ketiganya yang dikaitkan dengan pelakon Erra Fazira.

Namun dari cara tulisannya Norman cuba mengusik isterinya Memey Suhaiza dan bekas isterinya Abby Abadi mengenai perkara tersebut.

“Dia ke ‘kilang ke-3’ yang mummy @memeysuhaiza & mama @abby_abadi112 selalu gembar gemburkan tu? Korang rasa?

“Hmmm..kita ‘keep in view’ (k.i.v) dulu la ‘content’ ni. Nanti kalau tiga-tiga ‘kilang’ ni berjumpa dan berkumpul, baru kita sambung balik ‘topik’ perbincangan okay!”tulisnya.

Menerusi entri tersebut, Norman memuat naik fotonya bersama Erra.

Dia ke ‘kilang ke-3’ yg mummy @memeysuhaiza & mama @abby_abadi112 selalu gembar gemburkan tu??Korang rasa? . . Hmmm..?Kita ‘keep in view’ (k.i.v) dulu la ‘content’ nih.Nanti kalau tiga2 ‘kilang’ ni berjumpa & berkumpul,baru kita sambung balik ‘topik’ perbincangan k!? . . Cuma kalau ada yg rindu utk tengok kitaorang ( me & @errafazira ) beraksi bersama..jeng..jeng..!!In shaa Allah kitaorang akan kembali semula bermula esok setelah hampir 2 bulan berehat, istimewa dalam @mingguanwanita TV SIARAN KHAS AIDILFITRI sempena Syawal Ke-3 (swipe) Selasa 26 Mei jam 12 tengahari di Astro Prima 105/125 .Topiknya? mmm...saya ‘pantun’kan kejap...ehemm . . Syawal meriah walau di rumah, Mingguan Wanita menjadi peneman, Erra dan Norman ceria dan ramah, Soal ‘Kasih Sayang’ topik bualan ? . . #MingguanWanitaRaya #astroprima

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Norman dalam masa yang sama turut mempromosikan program Mingguan Wanita yang menggandingkan mereka berdua hari ini untuk Siaran Khas Aidilfitri sempena Syawal ketiga.

“Cuma kalau ada yang rindu untuk tengok kitorang (Saya dan Erra) beraksi bersama..jeng..jeng..!!Insya-Allah kami akan kembali semula bermula esok setelah hampir 2 bulan berehat, istimewa dalam @mingguanwanita tv siaran khas Aidilfitri sempena Syawal Ke-3,” katanya.

Entri tersebut mendapat perhatian Erra yang turut membalas dengan menurunkan komen.

“Ahahaa berani awak ek..meminta minta ek,” komennya.

Malah rata-rata turut memberi pelbagai reaksi menerusi komen entri tersebut.

Terdahulu, Norman pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan, Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Norman kemdian mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan kedua itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim