Nama pelakon dan model Daiyan Trisha menjadi bualan netizen apabila tular satu tangkap layar mendakwa dia telah menyekat akaun Twitter seorang pengguna.

Perkara itu dikongsi oleh individu tersebut menerusi platform Twitter miliknya semalam dengan kapsyen seakan-akan memerli penyanyi itu.

“I’m sorry my nose is big,” tulisnya ringkas.

Difahamkan hal itu terjadi selepas individu berkenaan telah melontarkan komen dengan kata "memalukan" pada sebuah video nyanyian Daiyan di akaun milik penyanyi itu.

Beberapa netizen yang singgah di ruangan balas menyokong tindakan selebriti itu dan menyalahkan individu tersebut kerana memulakan provokasi.

“Awak yang mulakan provokasi pada dia dahulu, sebab itu dia sekat awak kerana dia tidak suka apa yang awak kata pada dia. Saya tidak melihat sebarang isu pun disini. Saya fikir wanita akan sentiasa menyokong wanita,” tulis seorang wargamaya.

“Hahaha bagus bila tengok akaun awak disekat disebabkan sikap tidak elok awak. Mesti hati awak makin panas lepas kena sekat kan,” tambah seorang lagi netizen.

“Kutuk orang boleh, lepastu orang sekat dia, dia pula beria triggered sampai kutuk fizikal Daiyan. Kesian awak,” tulis seorang wargamaya.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima dua ribu retweet dan tiga ribu yang menyukai.