Laman Utama
“Dia Masih Bujang, Dia Menerima Saya Dan Anak Seadanya…” – Saida Tarudin
Saida Tarudin yang juga kakak kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui kehadiran suami Mohd Nooraizal Rasip memberi cahaya kepada kehidupannya.
Saida atau nama penuhnya Siti Norsaida Tarudin berkata, dia tertarik dengan sikap matang dan bertanggungjawab Nooraizal yang mesra disapa Aizal itu.
"Dalam tempoh kembali solo, saya tidak menduga insan yang sudah lama dikenali atas kawan itu kini bergelar suami.
"Dia masih bujang. Kehadirannya memberi cahaya dalam hidup saya. Dia menerima saya dan anak seadanya.
"Saya tertarik dengan kedewasaan, kejujuran dan keikhlasan hati dia. Usianya sendiri juga sudah molek untuk berumah tangga.
“Dia sendiri memikul tanggungjawab menjaga lima orang adik perempuannya. Itu juga yang buat saya yakin dia boleh menjaga saya dengan baik,” katanya.
Menurut Saida, dia tidak berniat untuk menyorok hubungannya dengan Aizal yang juga seorang pengurus kanan bahagia operasi di sebuah syarikat kewangan itu.
“Tidak ada niat nak sembunyikan hubungan kami pun. Apa pun semuanya sudah selesai dan dipermudahkan.
“Restu keluarga masing-masing yang paling penting sehingga hubungan kami akhirnya disimpul dengan ikatan perkahwinan ini.
“Macam yang semua orang tahu, kami bernikah dan bersanding pada hari sama, Ahad lalu. Insya-Allah berkemungkinan ada lagi sebuah majlis untuk sanak saudara sebelah suami nanti,” kata ibu kepada empat cahaya mata ini.
Saida dan Aizal melangsungkan pernikahan pada 12 Disember lalu selepas lima bulan menjalinkan hubungan serius.
Dalam pada itu ketika ditanya mengenai perkahwinan terdahulu, Saida yang juga bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim keenam memaklumkan sudah berpisah sejak Mac lalu.
Perkahwinan kedua bersama ahli perniagaan dikenali sebagai Hafiizh Che Mat pada tahun 2016 itu, hanya bertahan sekitar empat tahun.
Terdahulu, Saida pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.
Must-Watch Video