Hiburan
“Dia Menumpang Di Rumah Saya” - Ini Kronologi Hubungan ‘Gelap’ Aliff Aziz Yang Didakwa Berlaku Sebelum Kes Khalwat
Kecoh pada pagi ini mengenai seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine yang tampil membuat pendedahan mengejutkan mengenai pelakon dan penyanyi kacak Aliff Aziz.
Sarah dedah status
Menerusi pendedahan di akaun Instagramnya, Sarah telah mendedahkan status perhubungannya bersama penyanyi kelahiran Singapura itu.
“Saya mula rapat dengan Aliff awal Januari 2024 apabila selalu berhubungan di laman sosial kerana Aliff mengadu mengenai hubungannya dengan isteri (Bella) tidak baik, dan selalu meminta nasihat dan moral support daripada saya, membuatkan kami lagi akrab dan Aliff muka tunjukkan rasa sayang dan cinta pada saya dan approach untuk bercinta dengan Aliff,” tulisnya.
Kronologi Sarah ketika Aliff ditangkap khalwat
Tidak terhenti disitu wanita terbabit turut menceritakan semula kejadian dan reaksinya ketika Aliff Aziz ditangkap khalwat Mac lalu.
Mohon maaf kepada pihak terkesan
Bagaimanapun, wanita tersebut telah membuat permohonan maaf kepada pihak yang telah terkesan dengan pendedahannya itu.
Selain itu, wanita itu turut membuat permohonan maaf kepada Bella Astillah walaupun mendakwa Bella sudah mengetahui tentang kewujudannya sebagai ‘kekasih gelap’.
Terdahulu, pendedahan Sarah Yasmin mengenai luahan hatinya yang kecewa kerana didakwa telah ditipu Aliff Aziz mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Namun, wanita itu menjelaskan bahawa tujuan sebanar dia membuat pendedahan tersebut adalah kerana tidak sanggup melihat Aliff Aziz dicerca oleh netizen keseorangan.
Berita Trending: 'Kekasih Gelap' Dakwa Kecewa Ditipu, Akui Aliff Aziz Pasang Dua Ketika Jalin Hubungan Istimewa Dengannya - “Hati Saya Hancur”
Must-Watch Video