,
Hiburan

Selepas Didakwa Ada ‘Kekasih Gelap’, Netizen Tercari-Cari Ibu Aliff Aziz - “Hilang Dah IG Maknya…”

Asyikin Mayudin
22/04/2024
01:55 MYT
Kontroversi seorang wanita bernama Sarah Yasmine yang mendakwa menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Aliff Aziz kini menjadi perbualan hangat di laman sosial.

IG Ibu Aliff Dah Tak Ada?

Malah netizen mula tercari-cari ibu kepada penyanyi kelahiran Singapura itu iaitu Siti Hafizah Sheikh Mohamad memandangkan wanita itu sentiasa mempertahankan anaknya.
“Mana IG maknya? Tak nak update story IG ke?
“Hilang dah IG maknya…
“Apa IG mak dia… hari itu nampak beriya back up anak yang terpaling baik di dunia. Anak dia saja yang teraniya,” komen netizen.
Bagaimanapun carian netizen mendapati Siti Hafizah tidak lagi aktif menggunakan atau ‘deactiveted’ akaun Instagram bernama Fizaaziz.
Terdahulu, seorang wanita tampil mendakwa dirinya adalah teman wanita kepada pelakon sensasi Aliff Aziz.
Menerusi pendedahan di akaun Instagramnya, wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine itu tanpil memberi kenyataan bagi menjernihkan keadaan kerana tidak sanggup melihat Aliff Aziz dicerca keseorangan.
Malah, apa yang lebih memeranjatkan wanita itu turut terkejut apabila kekasih gelapnya itu masih berhubung rapat dengan pelakon wanita yang telah ditangkap khalwat bersama Aliff baru-baru ini.
Tidak terhenti disitu, wanita tersebut turut mendakwa individu berinisial ’NRF’ telah menjadi ‘dalang’ untuk membolak-balikkan rumahtangga penyanyi tersebut.
Pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies.
Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.
Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.
Kes penceraian Aliff dan Bella disambung semula pada 4 Jun depan.

BERITA TRENDING: 'Kekasih Gelap' Dakwa Kecewa Ditipu, Akui Aliff Aziz Pasang Dua Ketika Jalin Hubungan Istimewa Dengannya - “Hati Saya Hancur”

BERITA TRENDING: Dibandingkan Dengan Mentua Puteri Sarah, Ini Respons Ibu Aliff Aziz!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Stacy Tak Akan Bermasam Muka Dengan Bella Astillah - “Kami Sama-Sama Orang Kampung, Tak Berbaloi Bergaduh”

gempak
17/11/2024
02:55 MYT
Penyanyi Stacy memaklumkan dia tidak akan bermasam muka dengan Bella Astillah biarpun berdepan kontroversi konsert A Night With A Sumandak Stars.
Hiburan

Demam On-Off Selama 4 Hari, Ruhainies Dipaksa Jumpa Doktor - “Ingatkan Tak Kena Jarum, Tapi…”

gempak
15/11/2024
00:55 MYT
Selepas kecoh kontroversi bersama aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat aktres Ruhainies pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Cantik! Penampilan Dynas Mokhtar Buat Peminat 10 Kali Ulang Tengok Video - “Makin Lawa…”

gempak
14/11/2024
01:55 MYT
Perkongsian sebuah video yang dibuat pelakon Dynaz Mokhtar baru-baru ini berjaya mencuri perhatian netizen.
Hiburan

Selepas Zul Ariffin, Ruhainies Dikaitkan Dengan Azrel Ismail Pula...Ini Respons Tuan Badan

gempak
12/11/2024
07:55 MYT
Selepas Zul Ariffin, nama aktres sensasi Ruhainies dikaitkan pula dengan pelakon Azrel Ismail.
Hiburan

Ruhainies Sedang Jalani Misi Selawat 1000 Kali Sehari Selama 40 Hari - “Kita Perempuan Kalau…”

gempak
11/11/2024
00:55 MYT
Pelakon Ruhainies tampil berkongsi mengenai rutin zikir yang diamalkannya.
Unitar