Buat pertama kalinya, penyampai radio Jaa Suzuran diangkat sebagai watak utama filem romantik komedi dalam Autumn In Wales.

Berani mempertaruhkan pelakon baharu, pengarah Autumn In Wales iaitu Rahila Ali memberitahu dia yakin dengan percubaannya.

“Sebenarnya bila nak buat sahaja cerita ini, kami memang tercari-cari siapa yang sesuai dengan watak Jaka ni iaitu seorang lelaki dari kampung yang tahu bercakap loghat Kelantan.

“Selepas berbincang kami merasakan Jaa adalah orang saya sesuai. Jika orang kenal saya, saya memang suka mencuba pelakon baharu dalam filem saya.

“Kemudian saya fikir ketika itu adalah kerana Jaa seorang yang mudah untuk kita ‘bentuk’,” katanya kepada Astro Gempak.

Filem yang menjalani penggambaran di Wales, United Kingdom itu bakal menemui penonton di Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 24 Mac 2022.

Selain Jaa, ia turut dibintangi oleh Eyka Farhana, Keith Foo, Wanna Ali, Joey Daud, Amyza Adnan, Sissy Iman, Fara Mendoza, Wanns Ahmad dan Amirul Haswendy.

Dalam pada itu, Rahila turut berkongsi cabaran dalam menjayakan Autumn In Wales yang menjalani penggambaran pada tahun 2019.

“Penggambaran kami jayakan selama sebulan. Cabaran saya ketika itu adalah bagaimana hendak tukar tune dari cerita heavy iaitu Ada Apa Dengan Dosa (AADD) yang turut menjalani penggambaran di lokasi yang sama sebelum itu.

“Tapi Alhamdulilah ia tidak begitu sukar dan saya bersyukur kerana semua pelakon membawa karekter masing-miasng dengan sangat baik.

“Selain itu cabarannya adalah cuaca yang agak sejuk di sana lah,” kongsinya lagi.

Autumn In Wales mengisahkan tentang Aira seorang gadis manja yang menanti detik bahagia bersama tunangnya, Darwish. Menjelang hari perkahwinan mereka, Aira telah pergi ke Wales untuk membuat kejutan buat Darwish. Ketika di Wales, satu insiden berlaku pada Aira dan Jaka a.k.a Jejaka Kacak berasal daripada pantai timur ingin memulakan hidup baru di Wales selepas berpisah dengan kekasihyang rupanya dua alam.

Langgan dan saksikan Autumn In Wales Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 24 Mac 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip- klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.