Pencetus Ummah (PU) Rahmat mendedahkan pelawak Atu Zero seorang yang menjaga solat lima waktu.

Kata PU Rahmat, meskipun Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif ,28, seorang pelawak beliau kagum melihat sikapnya.

“Sahabat saya ini seorang pelawak tetapi selalu saya melihat beliau menjaga solat.

“Saya mendoakan rezekinya mengalir deras seperti sungai. Jom kita belajar menjaga solat.

“Bagaimanapun jangan tag Atu Zero . Kang dia malu-malu,” katanya berseloroh.

Pendakwah bebas itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut beliau turut memuat naik foto Atu yang sedang menunaikan solat.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut memuji dan kagum dengan amalan Atu.

“Dia nampak je “bodoh2” kalau kat atas pentas Maharaja Lawak. Tapi ada satu rancangan TV tu dia ikut mengaji, best bacaan dia. Memang steady bab agama,” komen salah seorang netizen.

“Padan la lawaknya boleh diterima,,,, dia jaga Allah, Allah jaga dia rupanya,” puji salah seorang warga maya.

“Hebatnya beliau.. tak semua mampu jaga solat.. moga kita pon tergolong dalam orang yang jaga solat,” kata salah seorang warga net.

Atu merupakan salah seorang kumpulan Zero yang dianggotai oleh adik beradik lain seperti Syarif dan Syaiful.

A post shared by Rahmat Ikhsan / Pu Rahmat (@rahmat_ikhsan_official)