Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Dia Ni Memperjuangkan Kebodohan Ka?” - Netizen Bidas Lana Nodin Puji Florida Tak Wajib Vaksin, Pakai Pelitup Muka

Izwan Isa
17/11/2021 00:50 MYT
Pelakon kontroversi, Lana Nodin sekali lagi mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila dia memuji negeri Florida di Amerika Syarikat kerana tidak lagi mengenakan peraturan memakai pelitup muka ketika keluar rumah.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Lana yang turut meletakkan tag Instagram Rita Rudaini berkata, Florida juga merupakan satu-satunya negeri yang tidak mewajibkan penduduknya untuk mengambil vaksin.

"This is the truth… Haa @ritrud727 kan kami dah cakap sini tak (ada) orang nak paksa hampa nak pakai ka ambik ka, takde pun kes COVID-19 melambung sampai 6k sehari walaupun takde SOP langsung.

“Orang tak hairan pun pasal benda ni. Takde pulak hospital penuh pasal kes COVID-19? Sebab apa? Sebab orang tak nak cucuk. Pasal tu kes sangat-sangat rendah kadang-kadang death rate dalam sehari takde langsung!

"Takde la sampai masuk hospital pakai gas oksigen walaupun dah cucuk 2 dose cakap ni stage 1 and stage 2 je… masih hidup dalam indenial. walaupun itu sebenarnya stage 3 dah,” tulisnya.

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen di sebuah forum hiburan, seperti biasa, rata-rata membidas kenyataan yang ditulis oleh Lana.

“Dia ni memperjuangkan kebodohan ka? Apa ke hal kata Florida tu bagus bebenar walaupun no SOP, low vaccination rates? Orang hati hitam lagi buta ni memang gini agaknya,” tulis seorang netizen.

Dalam pada itu, ada yang mempersoalkan Lana mengenai fakta mengatakan Florida merupakan negeri rendah kes COVID-19.

“Ada bukti ka Florida ni yang terbaik? Kalau betul terbaik sepatutnya WHO dah jadikan Florida sebagai kajian kes.

“Lana ni bodoh sombong. Kalau kau bijak dan sayang Malaysia sepatutnya kau bagi idea untuk Malaysia buat macam ni buat macam tu.. tapi cara kau approach pasal isu ni buat orang menyampah. Nak puji orang luar tapi pada masa yg sama kutuk malaysia...ko rasa ada ka kerajaan nak dgr isu ko ni?” ujarnya.

Dalam pada itu, ada seorang netizen secara ringkas mengandaikan Lana insecure dengan diri sendiri.

“Hari-hari duk merempan pasal SOP dan vaksin kat Malaysia kenapa Lana? Insecure sangat nampak gayanya. Berlambak orang lain tak nak vaksin tapi cool-cool je. Kau 24 jam merempan. 

“Kau ni yang takleh move on dari Malaysia. Kalau kau tak post apa-apa takda sapa pun peduli kewujudan kau di atas muka bumi ini,” kata netizen berkenaan.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!


#Lana Nodin #Covid19 #Mask #SOP #Florida