Hiburan
"Dia Pelik, Suka Ke Sekolah, Get Good Grades, Menang Pertandingan Menyanyi... Harap Saya Banggakan Dia" - Yuna Throwback Zaman Sekolah
Penyanyi Malaysia yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Yuna sesekali akan berkongsi dengan pengikut dan peminat di Instagram tentang kisah hidupnya.
Terbaru Yuna berkongsi sekeping gambar ketika dia masih berada di sekolah rendah. Gambarnya bersama satu anugerah di tangan menggambarkan wanita ini memang bergaya sejak kecil lagi.
"Wow ultimate throwback tapi saya masih gadis ini! Yuna kecil dalam gambar ini berumur 8 atau 9 tahun dan dianugerahkan sebagai pelajar terbaik di dalam kelas rasanya.
"Dia pelik, suka ke sekolah, dia selalu mencuba dan sentiasa dapat markah yang baik, menang pertandingan seni dan nyanyian, dia suka menyanyi, kesenian, bola jaring, fesyen dan kawan-kawannya," tulis Yuna dalam Bahasa Inggeris.
Yuna juga berharap dia membanggakan dirinya yang berusia 8 atau 9 tahun itu.
"Wow I hope I made her proud," tulis Yuna.
Yuna turut mengucapkan terima kasih kepada teman-teman sekolahnya pada tahun 1998 kerana sama-sama membentuknya dan ada yang masih lagi berhubung antara satu sama lain.
"Dan juga saya mungkin ada 100 pasang but berwarna hitam dan ini adalah but pertama saya.
"Gembira dapat menatap kembali gambar ini dan mengingatkan diri bahawa saya masih lagi gadis yang sama, cuma sedikit lebih tinggi and a little bit more sass. Thanks mom," tambah Yuna lagi.
Terkini, Yuna tercalon untuk MTV Europe Music Awards (MTVEMA) 2019 dalam kategori Best Southeast Asia Act.
Must-Watch Video