Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz mendedahkan rakan sefilemnya, MK K-Clique merupakan seorang individu yang sangat pemalu.
Azira berkata, sewaktu pertama kali bertemu di set penggambaran filem terbaharu mereka, Bunga Dan Kayu, MK lebih banyak mendiamkan diri dan tidak berbual sesama karyawan lain.
“Jujurnya, saya tak tahu MK dan start berlakon. Jadi, saya excited nak bekerja dengannya. Begitupun, ketika berada di set penggambaran filem Bunga Dan Kayu, MK lebih banyak mendiamkan diri. Memang betul-betul diam.
“Tapi, kita perlulah rasa selesa dengan partner, dan saya ambil inisiatif untuk berborak dengannya. Alhamdulillah, selepas hari pertama penggambaran, MK sudah mula panas dan chemistry mengalir secara semulajadi. Dia turut selesa dengan pelakon lain,” katanya kepada Gempak.
Berkenaan dengan penglibatannya sebagai Bunga, Azira berkata, dia memilih untuk menjayakan filem berkenaan kerana percaya dengan nilai produksi yang ada pada penerbit, Infinitus Gold.
“Saya sudah bekerja dengan mereka untuk filem yang masih belum ditayangkan iaitu Tablis Iblis. Jadi, saya sudah boleh jangkakan kualiti dan hasil akhir filem ini.
“Tambahan pula, watak Bunga dalam filem ini berbeza sedikit. Saya tidak perlu bermain emosi yang berlebihan. Sebab itu saya terima tawaran untuk menjayakan filem ini,” katanya lagi.
Filem ini mengisahkan tentang Noah (MK), seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga (Azira Shafinaz) sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah.
Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1,001 bencana, bukan hanya pada Bunga tetapi Noah juga.
Selain MK, dan Azira, Bunga Dan Kayu juga membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin dan Yazmin Aziz.
Bunga Dan Kayu bakal temui penonton Syawal ini iaitu bermula 3 Mei 2022, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.
Izwan Isa
Sat May 14 2022


Nak Tiket Percuma Saksikan Netball Super League Live? Ini Cara Mudah Untuk Dapatkannya!
Wah mudahnya!

“Sedaya Upaya Mengelak” - Aduhai, Restoran Mamak Nak Naikkan Harga Roti Canai?
Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (PRESMA) menjelaskan...

Zalif Sidek Guna Pengalaman Lama Sebagai PA Artis Bagi Menjayakan Watak…
Guna pengalaman lama dalam filem

“Kalau Pahang Memang Tempoyak La..” - Tak Suka Makan, Peminat Ucap 'Good Luck' Pada Uqasha Senrose
Alamak!

#Foodieslife: Kurang Pengambilan Protein Boleh Sebabkan Panjang Umur?
Kajian baharu mendapati kemungkinan kurang pengambilan protein boleh memanjangkan usia

“Shakabom” - Next Level Punya TikTok! Tapi Ramai Minta Mamat Tegur Datuk Siti? Berani Ke?
“Mamat berani tak nak tegur, penyanyi nombor satu tu”.

“Kedua-Duanya Betul…”- Jadikan Isu Sakit Ustaz Kazim Marketing Filem? Ini Jawapan Mawi…
Akhirnya Mawi sebagai pengarah buka mulut...

“Fatima Sukakan Baby…”- Mahu 3 Anak, Fazura Akui Rancang Anak Kedua Pada…
Dah plan 2nd baby rupanya...

“Awak Panggil Ramai Jatuhkan Saya…” - Isu 'Duit Palsu' RM10K, Tiktokers Akhirnya Buat Laporan Polis?
“Ramai tertanya-tanya kenapa Puteri tak buat report.

Pilihan Sabtu: Siti Tak Kritik Tak Tunjuk Wajah Anak, Sufian Masih Mencari? Siapa Yang Mesra Dengan Anak HIV & AIDS?
Apa cerita Sabtu?