“Dia Pergi Dengan Tenang Selepas Apa Yang Dilalui” - Isteri Allahyarham Jay Jay
Gempak
05/08/2024 03:21 MYT
05/08/2024 03:21 MYT
Isteri kepada penyanyi, Allahyarham Jay Jay iaitu Zaitoon Wahid, 61 reda dengan pemergian suaminya.
Kongsi Zaitoon, arwah mula berhadapan dengan komplikasi organ dalaman selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
Kongsi Zaitoon, arwah mula berhadapan dengan komplikasi organ dalaman selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
Tenang
“Dia pergi dengan tenang selepas apa yang dilalui, dia tidur dan pergi buat selamanya. Selepas pembedahan bypass dibuat pada Jun lalu, dia mula mengalami komplikasi.
“Anak-anak dan adik beradik arwah semuanya ada. Alhamdulillah kami tengok dia pergi dengan baik dan sebelum itu dia tiada pun tunjuk tanda-tanda dia sakit tapi keadaanya makin teruk selepas raya yang lalu,” katanya ketika ditemui Gempak di Masjid Al Husna, Bandar Sunway, Petaling Jaya pagi tadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Popular Tanah Air, Jay Jay Meninggal Dunia
ARTIKEL BERKAITAN: Jay Jay Selamat Jalani Pembedahan Pintasan Jantung
ARTIKEL BERKAITAN: Buat Konsert Untuk Beri Kembali Kepada Masyarakat, Siti Nurhaliza Bawa Jay Jay & Ernie Zakri Dalam Satu Suara Vol. 3
ARTIKEL BERKAITAN: Selain Fauziah Nawi, Zur Eda, Razak Ahmad & Rosnah Johari Turut Menerima Jemputan Mengerjakan Umrah Daripada Yayasan Nurjiwa
Sementara itu, adik kepada arwah, Puan Seri Melor Wati menyifatkan arwah abangnya sebagai seorang yang penyayang.
“Dia memang sangat penyayang, bukan dengan adik beradik sahaja tapi dengan isteri dan anak-anak. Saya sebagai adik amat terasa kehilangan arwah.
“Dia memang sangat pentingkan semangat kekeluargaan ,” katanya.
Kira-kira 200 orang kenalan dan keluarga hadir ke sini bagi memberi penghormatan terakhir.
Allahyarham Datuk Jay Jay menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9.27 malam semalam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya, Selangor.