Berita

"Dia Sanggup Hidup Bujang Selepas Berpisah Semata-Mata..."- Fizo Omar Buka Mulut Pasal Issey

ZULHILMI JALIL
23/12/2019
03:26 MYT
Pelakon Fizo Omar mendedahkan bahawa rakannya, penyampai radio dan pelawak, Issey pernah meluahkan kepadanya mengenai kesanggupan untuk terus hidup membujang selepas perkahwinan pertamanya gagal.
Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 34, berkata rakannya itu terdetik rela menduda demi melaksanakan tanggungjawab menjaga ibunya.
"Issey pernah kongsi dengan saya, dia sanggup hidup bujang selepas berpisah dan tak fikirkan pasal berkahwin semata-mata nak menjaga ibunya.
"Ya Allah besarnya pengorbanan seorang anak. Tahniah @isseyfazlisham dan pasangan. Ambo banggo dengan demo Issey, pengorbanan demo menjaga ibu sampai hujung nyawa ibu," tulisnya.
Fizo berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram sebagai ucapan dedikasi buat rakannya itu yang menamatkan zaman dudanya semalam.
Pelakon drama Adellea Sofea itu turut mendoakan agar hubungan Issey menerusi perkahwinan kedua ini kekal sehingga ke akhir hayat.
"Tahniah Issey kawe doakan demo sentiasa bahagia dan murah rezeki. Biarlah apa orang nak kata apa-apa pun. Paling penting kita tahu yang mana baik buruk asalkan kita bahagia.
"Kau tinggal aku sek keto 'recond'...doa-doakan kat aku, biar sampai giliran aku pulak," tulisnya.
Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, selamat bergelar suami kepada Noor Aimi Mohamed Jamel, 32 dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan semalam.
Aimi merupakan janda anak tiga.
Terdahulu, Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 sebelum bercerai pada 21 Ogos 2016.
Menerusi perkahwinan pertama, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Drama

Tak Mudah Bertutur Loghat Terengganu, Nora Danish Syukur Diajar Aswad Jalil - “Walaupun Saya Lahir Di Sana Tapi…”

gempak
20/07/2024
03:55 MYT
Pelakon, Nora Danish akui tidak mudah untuk bertutur dalam loghat Terengganu untuk drama terbaharu lakonannya berjudul Perang Nasi Dagang.
Viral

Isteri Lalui ‘Bad Day’, Ini Cara Fizo Omar Pujuk - “Apa Yang Dia Buat Sangat Amazing”

gempak
27/05/2024
04:55 MYT
Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri berkongsi pengalaman berdepan dengan hari yang tidak begitu baik dan lancar buatnya.
Hiburan

“Memang Darjat Ibu Kena Tinggikan Daripada Sesiapa Pun” - Fizo Omar

gempak
27/02/2024
07:55 MYT
Fizo berpendapat doa ibu sangat penting.
Viral

Isu Pengikut Media Sosial Kurang Senang Dengan Mentua, Isteri Fizo Berpendapat – “Masuk Saja Alam Perkahwinan, Kita Tiada Pilihan”

gempak
18/02/2024
09:55 MYT
Fazeera beri pendapat mengenai mentua.
Laman Utama

"Sebelum Ini Saya Rasa Saya Hebat, Famous... Sebenarnya Saya Salah" - Fizo Omar

gempak
09/09/2023
15:49 MYT
Seramai 300 usahawan muda dan pemimpin organisasi bakal dilahirkan melalui inisiatif Innovative School of Management (ISM)