"Dia Seorang Ahli Perniagaan" - Nelydia Senrose Nafi Kekasih Bergelar Jutawan

Rozaimi Zubaidi
April 24, 2018 03:09 MYT
Pelakon Nelydia Senrose mengakui tidak tahu mengenai status kekasihnya bernama Hafiz yang didakwa merupakan seorang jutawan.
Menurut Nelydia, kekasihnya itu merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Pantai Timur.
"Dia jutawan atau tidak saya tidak tahu kerana saya tidak pernah cek akaun bank dia.
"Apa yang saya tahu dia merupakan seorang ahli perniagaan dan dibesarkan di Kuala Lumpur.
"Buat masa sekarang hubungan kami masih diperingkat awal dan tidak banyak sangat saya mengetahui pasal dirinya.
"Saya berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik bagi hubungan kami dan jika ada berita gembira saya akan kongsikan secara terbuka kepada semua orang," katanya kepada Astro Gempak.
Nelydia Senrose berkata demikian ketika ditemui pada majlis pertunjukkan fesyen Starvilion di Royale Palace, di Royale Palace, Shah Alam, baru-baru ini.
Teks Oleh: Rozaimi
#pelakon #Nelydia Senrose #Pelakon