,
Laman Utama

"Dia Tak Bagi Saya Buat Kerja Berat-Berat" - Zizi Kirana Dedah Sikap Romantis Yusuf Bahrin

Amri Hassan
07/10/2021
23:55 MYT
Sudah hampir tiga minggu bergelar pasangan suami isteri, pasangan Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana tegar melayari bahtera rumah tangga dan melewati fasa perkenalan antara satu sama lain.
BACA: Tahniah! Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Selamat Nikah
Berkongsi sedikit kisah menerusi wawancara di saluran radio Singapura, Ria 897 baru-baru ini, dedah Zizi, suaminya punyai cara sendiri untuk menyantuninya sebagai isteri dan wanita.
"Dia tak bagi saya buat kerja berat-berat...Katanya tak payah.
"Sampaikan dia sanggup turun bawah jemput saya dan tolong angkatkan barang. Jadi, saya pula rasa tak biasa...
"Sebab sebelum ini pun saya tinggal seorang, jadi dah terbiasa buat sendiri semuanya," katanya.
Dalam wawancara itu juga, Yusuf sempat berseloroh mendedahkan ayat pertama yang diucapkannya ketika mula berkenalan dengan Zizi.
"Saya DM dia saya cakap; 'Hai Zizi, lawa kasut!'.
Mengimbas semula, kedua-duanya mulai menyulam perasaan ketika terbabit dalam rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia (ATNMY) awal tahun ini.
BACA: "Walaupun Saya Lagi Tua Darinya..." - Berkenalan Hanya 2 Bulan, Zizi Kirana Terpikat Dengan Kematangan Yusuf Bahrin
Ditanya tentang siapa lebih cerewet menguruskan rumah tangga, akui Yusuf isterinya merupakan individu yang kerap memastikan kediaman mereka terurus dengan baik.
"Saya jenis yang suka campak tapi Zizi ada perangai yang 'sakit mata' bila tengok barang bersepah. Tapi kalau saya sepahkan saya akan kemas semula," ujar Yusuf.
Tambah Zizi; "Kalau makan pun dia akan cuci pinggan sendiri."
Adat berumah tangga, pasti perlu bertoleransi dan menerima kekurangan pasangan. Bersetuju dengan frasa terbabit, kata pasangan merpati dua sejoli itu, perkahwinan bersifat saling melengkapi.
"Apa paling penting sabar. Kalau tak ada sabar boleh gaduh, cerai. Saya kena pegang dan belajar, biar betul-betul sabar, bila kena ujian. Bertolak ansur, jangan nak tunjukkan ego masing-masing dan jumpa di tengah-tengah setiap masalah.
Sementara itu, tambah Zizi; "Apa saya belajar dengan Yusuf, kami baru kenal bila dah kahwin.
"Sebelum kahwin jarang jumpa dan sekadar Facetime. Dia selalu pesan pada saya, kalau ada apa-apa kena cerita, kena beritahu jangan simpan. Sebab dia tahu saya sejenis orang tak suka bercerita malah dengan keluarga sendiri."
Tambah Yusuf, sebelum berkahwin lagi dia kerap menghubungi ibu Zizi bagi mengenali keperibadian pelantun lagu Eh itu.
"Sebelum kahwin, saya call mak dia dulu. Mak dia cakap kalau marah pun dia, sedih pun diam. Susah nak luahkan perasaan dia. Jadi, saya kena sabar, bila sampai masa macam tu...," ujarnya.
Pasangan berjodoh ekspres itu telah selamat mendirikan rumah tangga pada 19 September lalu dalam majlis ringkas di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Sumber: Mediacorp Ria897
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kecoh! Raline Shah Didakwa Pernah Berkahwin Dengan Bilionair Amerika Syarikat?

gempak
10/10/2024
07:55 MYT
Pelakon terkenal Indonesia, Raline Shah menjadi topik perbualan netizen selepas muncul dakwaan dimana dia pernah melangsungkan perkahwinan bersama  CEO Coinbase, Brian Armstrong.
Hiburan

Shamsul Ghau Ghau Sokong Tindakan Fattah Amin Simpan ‘Aib’ Bekas Isteri - “Sebagai Lelaki, Dalam Rumah Tangga Ini…”

gempak
09/10/2024
21:55 MYT
Pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau memuji tindakan aktor Fattah Amin yang memilih untuk menyimpan rahsia atau aib bekas isterinya, Nur Fazura kepada umum selepas menceraikan aktres tersebut.
Hiburan

Datuk Zainalabidin 40 Tahun Menyanyi Tak Pernah Miming: “Saya Penyanyi Bagus…”

gempak
09/10/2024
20:35 MYT
Datuk Zainalabidin adalah seorang penghibur yang telah melontarkan vokal bertenaganya sejak sekitar tahun 1970-an.
Hollywood

Boyz II Men Kembali Ke Kuala Lumpur Tahun Depan!

gempak
09/10/2024
19:40 MYT
Kumpulan legenda R&B, Boyz II Men akan kembali ke Kuala Lumpur sempena Boyz II Men Live In KL di Megastar Arena pada 25 Mei 2025.
Hiburan

Perkongsian Foto Hitam Putih Buat Peminat Risau, Aweera Akui Alami Kemurungan - "Terus Terang Saya Agak Murung Selepas..."

gempak
09/10/2024
18:55 MYT
Penyanyi Aweera tampil menjawab spekulasi netizen susulan perkongsianya di media sosial baru-baru ini.
BorakSeeni