Hiburan

“Dia Tiba-Tiba Keluar, Tak Bincang Pun…” – May Terkilan Dengan Mus

Fiza Kamarudin
05/11/2019
19:14 MYT
Anggota kumpulan May meluahkan rasa terkilan dengan cara pengunduran bekas vokalis mereka, Mus beberapa bulan lalu.
Pemain bass kumpulan May, Yus, berkata mereka tidak mempunyai masalah Mus memilih untuk bergerak sendiri tetapi biarlah kena dengan caranya.
“Sepatutnya dia beritahu kami dulu supaya senang kami cari ‘back-up’, bukan secara tiba-tiba buat kenyataan di media dan meninggalkan May begitu sahaja.
“Sebenarnya dia memang dah lama nak bergerak solo..Tak ada masalah, tapi cara dia tu terlalu ‘selfish’.
“Selama ini kami diam dan tidak pernah cakap apa-apa tentang dia, tetapi kenyataan dia di media seolah-olah kami pula yang buat masalah,” katanya.
Ketika ditanya tentang penggunaan nama May yang masih digunakan Mus sehingga kini, Yus berkata bekas vokalis tersebut sepatutnya tidak lagi menumpang mereka.
“Dia sedar sebenarnya May yang menaikkan nama dia, sebab itulah sehingga sekarang pun dia masih pakai nama May.
“Rasanya dia dah boleh pakai nama sendiri kerana dia pun dah tinggalkan May,” katanya.
Sementara itu pemain dram, Man pula berkata penggunaan nama May oleh bekas vokalis tersebut boleh mengundang kekeliruan.
“Kami tidak mahu kekeliruan berlaku dalam urusan rasmi melibatkan May pada masa akan datang. Jadi saya harap dia pun fahamlah.
“Sekarang ini dia pun dah bawa haluan sendiri, May pun dah ada pengganti dia…cukup-cukuplah tumpang nama kumpulan yang dia sendiri buang ini,” luahnya terkilan.
May ditemui ketika majlis sidang media Konsert Metal Sound May dan Lefthanded di Hard Rock Café, Kuala Lumpur pada petang Selasa.
Pada konsert berskala besar yang bakal berlangsung pada Disember ini juga nanti, May akan memperkenalkan vokalis baru mereka AG.
“Ini bukan kali pertama AG buat persembahan dengan May. Selepas pengunduran Mus, dalam masa tiga bulan ini undangan buat kami tak berhenti.
“Alhamdulillah, rezeki May…Bagaimanapun untuk AG ini persembahan pertamanya di konsert besar seperti Metal Sound ini.
“Kami juga sudah mempunyai perancangan untuk May menjelang 2020. Kita buka buku baru dengan vokalis baru,” kata Man.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Nak Prepare List Lagu, Dah Boleh Start Karaoke Ni!" - New Boyz Comeback! Peminat ‘Meraung’ Tak Sabar Tunggu Konsert

gempak
04/11/2022
09:30 MYT
Tal sabar nak konsert New Boyz!
Laman Utama

“Metallica Pun Tak Marah Nyanyi Lagu Dia”- Bergerak Solo Dalam Konsert, Muss Tak Takut Nyanyi Lagu May

gempak
28/08/2022
07:02 MYT
Muss Tak Takut Nyanyi Lagu May
Laman Utama

Liverpool Legend, John Barnes Meriahkan EPL Bersama Peminat Di Malaysia

gempak
07/08/2022
14:06 MYT
John Barnes Meriahkan EPL Bersama Peminat Di Malaysia
Gegar Vaganza 7

"35 Hari Terlantar Di Hospital, Dia Mandikan Saya... Tak Pernah Mengeluh" - Muss

gempak
17/12/2020
00:20 MYT
Muss kongsi keperibadian isteri, Suraya!
Laman Utama

Argentina Berkabung Tiga Hari Mengenang Pemergian Maradona

gempak
26/11/2020
15:00 MYT
Peminat bola sepak meratapi pemergian sang lagenda...