Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Dia Very Simple & Humble, Saya Harap Sangat Dapat…” - Aliff Syukri Puji Ira Kazar

Asyikin Mayudin
19/08/2023 03:50 MYT
Sesi siaran langsung TikTok penyanyi dan usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri dengan isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menarik perhatian netizen di laman sosial.

Menerusi sesi TikTok Live itu, Ira bersama anak perempuan kepada Aliff iaitu Qadejah El Zahra berkongsi pengalaman bekerjasama sebagai model tudung jenama usahawan sensasi itu.

“Kak Ira such a wonderful person to talk with and to also work with. Dia seorang yang memahami dan tak susah untuk bekerjasama… dia sangat senang untuk bekerja sekali,” ujarnya.

Malah Aliff turut memuji anak kepada aktor terkenal Kazar itu yang dianggap seorang yang merendah diri selain berharap dapat bekerjasama lagi selepas ini.

“Saya banyak bekerjasama dengan banyak artis… Ira ini very simple, very humble dan saya berharap sangat dapat bekerjsama lagi dengan Ira,” kata Aliff.

Rata-rata netizen di ruang komen juga memuji kecantikan Ira Kazar dan ada juga segelintir mereka yang beranggapan wajah isteri Syamsul itu seperti pelakon Sari Yanti.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang berpendapat Aliff Syukri sepatutnya mencari model selain Ira yang sebelum ini mencetuskan kontroversi.

BACA SINI: Nampak Sedap Ira Kazar Masak Tom Kha Gai, Jom Cuba Resepi Ni Sendiri Di Rumah!

BACA SINI: Ira Kazar Makin Pandai Masak Selepas Kahwin Syamsul Yusof - "Sebenarnya Yang Masak Sotong Tu..."


#Aliff #Aliff Syukri #Syamsul #Ira Kazar #Ira #Qadejah