Pelakon dan bekas peserta Hero Remaja, Nabil Aqil mengakui tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan penyanyi Daiyan Trisha.

Menurut Nabil, dia dan Dayan merupakan rakan dalam industri dan selesa untuk bekerjasama dalam sesebuah projek.

"Sejujurnya kami memang tiada apa-apa hubungan istimewa dan kami tidak bercinta seperti yang didakwa oleh orang ramai.

"Kami hanya berkawan dan hanya akan berjumpa jika mempunyai kami bekerja bersama untuk menjayakan sesebuah projek," katanya kepada Gempak.

Sementara itu, Nabil juga turut menjelaskan tentang gambar aksi mesra mereka yang diperkatakan menerusi sebuah forum.

"Gambar mesra yang diperkatakan itu merupakan idea Daiyan sendiri, dia yang minta saya peluk dia dari belakang dan kemudian kawan kami ambil gambar itu.

"Gambar itu diambil ketika kami berada di Seoul untuk menunjukkan keindahan yang ada di negara tersebut," ujarnya.

Nabil berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan artis, Rocketfuel Entertainment bersama anak-anak yatim di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.