Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Diabai Ketika Sakit, Suami Tikam Isteri Hingga Mati

Ernalisa
09/09/2024 05:55 MYT
Seorang lelaki ditahan polis Jakarta Selatan selepas dipercayai membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sepat, Kecamatan Pasar Minggu pada 4 September.

Menurut Ketua Seksyen Perhubungan Awam Metro Jakarta Selatan, AKP Nurma Dewi, kejadian pembunuhan berlaku ketika mangsa sedang tidur di bilik sewa mereka.

BERITA BERKAITAN : "Dapat Mana Cerita Tu?" - Alif Teega Tak Tahu Isteri Failkan Perceraian

BERITA BERKAITAN : Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

BERITA BERKAITAN : Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

BERITA BERKAITAN : Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual

"Ketika itulah suspek menikam mangsa sebanyak enam kali, iaitu lima di bahagian perut dan satu di paha mangsa," katanya kepada pemberita baru-baru ini.


Jelasnya, selepas kejadian berkenaan, mangsa sempat dikerjakan ke hospital bagaimanapun dia tidak dapat diselamatkan.

Dalam pada itu mengulas mengenai motif kejadian, Nurma berkata, suspek dipercayai terasa hati dengan mangsa yang seolah-olah mengabaikannya ketika dia sedang sakit.

Katanya lagi, anak-anak suspek kini mengalami trauma kerana menyaksikan kejadian tersebut.


"Suspek kini disoal siasat lanjut oleh Unit Pelayanan Perempuan dan Anak (PPA) Polres Jakarta Selatan untuk diminta keterangan secara terperinci," tambahnya.


SUMBER:AWANI

#Sakit #Isteri #Kena #Tikam #Waktu #Diabai
;