Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Dialah Anak Yang Saya Sambut Masa Lahir Dalam Kerete Dulu...”- Norman Hakim

Syafiqah Jalal
18/06/2019 09:59 MYT
Pelakon Norman Hakim mengimbau kembali kenangan menyambut kelahiran anak keduanya, Marissa Dania di dalam kereta.
 
Menerusi satu entri ‘repost’ di Instagram miliknya, Norman mengimbau kenangan tersebut selepas Marissa mengucapkan Selamat Hari Bapa.
 
Marissa dalam ucapannya bersyukur kerana dikuniakan bapa seperti Norman dan mendedahkan pelakon itu yang menyambutnya sewaktu dia dilahirkan.
 
“Hi guys, ini lah papa saya, dialah orang yang sambut saya waktu saya dilahirkan dulu. I am so grateful and blessed for having a special father like you. i appreciate you a lot. take care always and God bless. wish you a good health and pleasant, happy father’s day,” tulis anaknya.
 
Norman kemudian membalas dengan memberitahu dia menyambut kelahirannya anaknya di dalam kereta.
 
“And hi guys!Inilah anak saya no.2.Dialah orang yang saya sambut waktu dia terlahir dalam kereta dulu.
 
“Tq cayang papa @marissadaniaaaaa_ ...Love u 3000 more & more cayang papa,” katanya.
 
Dalam kejadian yang berlaku pada 3 Julai 2005 lalu, bekas isteri Norman, Abby Abadi yang sarat mengandung tidak sempat tiba di hospital untuk kelahirkan anak kedua mereka.
 
Norman yang memandu ketika itu terpaksa memberhentikan keretanya tak jauh dari rumah mereka untuk menyambut kelahiran Marissa.
 
Terdahulu, Norman pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
 
Hasil perkahwinan, Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
 
Kini Norman berkahwin dengan Memey Suhaiza dan turut dikurniakan tiga orang cahaya mata.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

And hi guys!?Inilah anak saya no.2.Dialah org yg saya sambut waktu dia terlahir dalam kereta dulu? . . Tq cayang papa @marissadaniaaaaa_ ...Love u 3000 more & more cayang papa❤️ . . @Regrann from @marissadaniaaaaa_ - hi guys, ini lah papa saya, dialah org yg sambut sy waktu saya dilahirkan dulu ?❤️ i am so grateful and blessed for having a special father like you. i appreciate you a lot. takecare always and God bless. wish you a good health and pleasent, happy father’s day papa ❤️???

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

#pelakon #Anak #Bersalin #Pelakon #Norman Hakim