HIBURAN
"Diam Bukan Tanda Kalah" - Hafidz Roshdi Jawab Tuduhan Difitnah, Petik Surah An-Nur Sebagai Peringatan
Pelakon Hafidz Roshdi tampil menafikan tuduhan dan fitnah yang didakwa telah disebarkan terhadap dirinya secara terbuka di media sosial.
Dalam satu kenyataan rasmi di Instagram, Hafidz berkata dia tidak berhasrat membuka aib mana-mana pihak atau menambah luka, namun mahu menegaskan bahawa fitnah tersebut tidak benar.
"Saya menyedari wujudnya tuduhan dan fitnah yang disebarkan terhadap diri saya secara terbuka.
Saya tidak berniat membuka aib sesiapa atau menambah luka, namun saya ingin menegaskan bahawa fitnah tersebut tidak benar.
"Saya menyerahkan sepenuhnya urusan ini kepada Allah SWT, Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang zahir dan tersembunyi,” katanya.

Hafidz turut menyertakan petikan firman Allah SWT daripada Surah An-Nur ayat 11 sebagai peringatan buat dirinya dan semua pihak.
Mengulas lanjut, Hafidz memilih untuk tidak memberikan penjelasan tambahan, sebaliknya menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Allah.
"Saya memilih untuk tidak mengulas lanjut. Diam saya bukan tanda kalah, tetapi keyakinan bahawa kebenaran tidak memerlukan suara lantang untuk dibuktikan.
Terima kasih kepada mereka yang tidak menghakimi tanpa mengetahui cerita sebenar.
"Kepada yang terlibat menyebarkan atau memfitnah, saya maafkan, walaupun nama saya tidak dibersihkan kembali,” ujarnya.
Must-Watch Video