Penyanyi dan pengacara televisyen, Hunny Madu memaklumkan dirinya kini hamil lima bulan.

BACA: Foto Bercumbu Dikecam, Hunny Madu Dedah Sudah Menikah Dengan Kekasih

BACA: "You Have My Heart!" - Setahun Kenal, Hunny Madu Tayang Kekasih Baru Dari Itali

Berkongsi perkara terbabit di Instagram, kata Hunny, dia melalui fasa alahan teruk sepanjang bulan kedua dan ketiga.

"Masanya untuk berkongsi rahsia. Saya sedang hamil 21 minggu!

"Bulan kedua dan ketiga merupakan tempoh paling panjang dalam hidup saya kerana hanya nampak bilik air dan katil sahaja.

"Mujurlah trimester pertama sudah berlalu dan saya juga sudah mendapat vaksin pertama ketika kandungan saya 14 minggu. Sekarang sudah lengkap dua dos," kongsinya.



Dalam pada itu, Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 37, mengakui terpaksa merahsiakan kandungannya itu atas sebab-sebab tertentu.

"Alhamdulillah baby berada dalam keadaan baik dan saya tak sabar nak tengok suami saya memakaikan lampin anak dan membancuh susunya lagi beberapa bulan.

"Cuma buat masa sekarang saya sedang melalui fasa gembira dengan kandungan saya, begitu juga menikmati makanan.

"Saya akan memperlahankan aktiviti bersenam dan hanya akan berjalan sahaja untuk mengeluarkan peluh.

"Kalau anda dah kurang nampak video senaman saya, rasanya anda pun tahu kenapa," tambah Hunny lagi.



Hunny dan suami, Fedrighi Francesco yang berasal dari Itali telah mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2020.

Hunny pernah mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid pada 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata Eva Medina, 9, dan Adam Musa, 4.

Bagaimanapun, mereka berpisah pada Oktober 2018.

BACA: "I Am Happily Divorce... Alhamdulillah" - Sudah Bergelar Ibu Tunggal, Hunny Madu Dedah Status Rumah Tangga