Hiburan
"I Am Happily Divorce... Alhamdulillah" - Sudah Bergelar Ibu Tunggal, Hunny Madu Dedah Status Rumah Tangga
Pengacara dan penyanyi, Hunny Madu mendedahkan dia sudah bercerai dengan bekas suaminya, Khairul Azhar Abdul Wahid.
Menurut Hunny, Khairul telah menjatuhkan talak pada Oktober tahun lalu dan semenjak itu, mereka tinggal berasingan.
Namun begitu, pasangan ini baru sahaja menyelesaikan segala urusan berkaitan perceraian mereka selepas anak kedua, Adam Musa selesai menjalani pembedahan pintasan jantung Julai lalu.
Adam menghidap penyakit jantung kompleks, Double Inlet Left Ventricle sejak dilahirkan.
Memohon maaf kepada semua pihak terutamanya media kerana tidak bercerita mengenai perkara terbabit, Hunny menjelaskan yang keadaan kesihatan Adam menjadi sebab utama mengapa dirinya berdiam diri.
Hunny juga mendedahkan sebab dia berpisah dengan bekas suami.
Ujar Hunny, sudah bertahun-tahun dia rasa tidak bahagia dengan perkahwinan terbabit dan masalah komunikasi menjadi punca utama perpisahan.
Hunny berkongsi perkara terbabit di salah sebuah posting Instagram TV (IGTV) miliknya.
Berikut merupakan penjelasan lanjut Hunny mengenai perceraiannya:
Hunny atau nama sebarnya, Hani Farhana Mohd Hatim itu mendirikan rumah tangga dengan bekas suami pada tahun 2010.
Selain Adam Musa yang dilahirkan pada tahun 2017, mereka turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Eva Medina yang kini berusia enam tahun.
Must-Watch Video