Beberapa hari lalu, netizen Indonesia menjadi kecoh apabila seorang pengguna TikTok yang juga mahasiswa dari Universiti Indonesia, Fikri Ramadhani mempamerkan sesuatu yang sangat ‘bernilai’.
Melalui perkongsian tersebut, Fikri telah memuat naik momen dirinya sedang menanti giliran untuk bertemu dan berbincang tentang mata pelajaran yang diambil dengan seorang pensyarah.
Apa yang membuat netizen tidak keruan adalah apabila melihat pensyarah yang merupakan seorang wanita itu sebenarnya seorang aktres terkenal tanah air mereka, Dian Sastrowardoyo.
Dian Sastro adalah seorang aktres yang sangat terkenal selepas filem lakonannya, Ada Apa Dengan Cinta? menjadi fenomena lebih 15 tahun lalu.
Menerusi perkongsian tersebut, Dian dipercayai mengajar salah satu mata pelajaran berkaitan filem untuk mahasiswa yang mengambil jurusan diploma.
Dia dilihat sedang memberikan penerangan kepada Fikri di dalam ruang akademik. Dian malah menjadi buah mulut kerana penampilannya yang jauh dari dunia glamor, sebaliknya dilihat memakai pakaian sederhana dilengkapkan dengan beg sandang belakang.
“Dari hanya menonton di filem, kini berada di depan mata,” ujar Fikri seperti dilaporkan Kompas.
Perkongsiannya itu kemudian menjadi hangat dalam kalangan netizen.
Ada yang meninggalkan komen berbunyi: “Pergi kuliah rasa macam meet and greet.”
Malah tidak kurang netizen yang mengaku baru tahu jika Dian merupakan pensyarah.
Menerusi Detik.com, Dian diketahui menjadi pensyarah jemputan yang mengajar atau membimbing mahasiswa dua kali dalam satu semester.
Dia yang juga pernah menjadi lulusan dari Universiti Indonesia sebelum melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi lain itu dipertanggungjawabkan mengajar tentang filem.
Maliah Surip
Thu May 11 2023


#BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”
Pihak produksi dah bagi jawapan

Lima Tahun Hajat Tertangguh, Raffi Ahmad Buat Kejutan Bawa Pekerja Tunai Haji
Raffi Ahmad lunas hajat

#BIGSTAGE5: “Duduk Belakang Aina Ke, Ajai Ke, Korang Still Terhalang” - Pereka Baju Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan
Ini penjelasan Masyadi Mansoor

#PE3 : Dah Kutip RM16 Juta! Fauzi Nawawi Akui Berbaloi Terbabit Dengan Filem Mega Polis Evo 3
Memang berbaloi!

#BIGSTAGE5: “Saya Tak Dilahirkan Dengan Kekuatan Vokal…” - Meer Nash Akan Usaha 10 Kali Ganda Perbaiki Kelemahan
Usaha lagi Meer Nash, all the best.

“Lainlah Minum Arak” - Baby Shima Kecewa Video Minum Dari ‘Botol Susu’ Masih Jadi Isu
Isu botol susu masih berlanjutan

#BIGSTAGE5: Nadeera Zaini Melompat Gembira Siti Nurhaliza Puji Skil & Suara Bagus! - "Terperanjat! Syukur Tak Terkata Apa Dah"
Memang suara dan skil nyanyian Nadeera Zaini mantap!

#PE3: Baru 4 Hari Ditayangkan, Polis Evo 3 Raih Kutipan RM16 juta! Cayalah Boh!
Wow, letupan! Tahniah!

Ini Tindakan Remy Ishak Apabila Menerima Mesej & Gambar Berbaur Godaan Daripada Peminat - “Saya Terus…”
Cara Remy Ishak tepis godaan

#BIGSTAGE5: Meer Nash Ada Pakej Lengkap Tapi Kurang Pada Vokal, Ajai Kata Boleh Usaha! Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri
Jangan putus asa Meer Nash.