Pesohor seni Indonesia, Dian Sastrowardoyo diketahui dalam kalangan masyarakat dan peminatnya sebagai seorang aktres mualaf.
Dian yang dulunya menganut agama Katolik memeluk Islam sekitar 20 tahun lalu.
Selepas lebih sedekad menjadi mualaf, Dian berkongsi cerita mengenai perjalanannya mengenal banyak agama sehingga akhirnya memilih Islam sebagai pegangan hidup.
Menerusi artikel yang disiarkan Viva.co.id, Dian dipetik dari salah satu siaran di saluran YouTube mengaku beliau memeluk Islam selepas mengenal hampir semua agama.
“Saya tumbuh dalam keluarga Katolik. Ibu saya Katolik. Tapi saya punya keinginan yang kuat untuk mengenal pelbagai jenis agama.
“Jadi saya ambil tahu dan belajar mengenai agama Buddha dan Hindu sehingga yang terakhir saya bertemu guru untuk mendalami Islam,” akui bintang filem Ada Apa Dengan Cinta itu.
Dian kemudian menambah pernah menyangka Islam sebagai sebuah agama yang kejam sehingga beliau benar benar memahami konsep dan jatuh cinta dengan keindahannya.
“Dulu saya kira Islam agama yang kejam. Tapi selepas saya bertemu guru agama dan mengenal serta mendalami Islam, ternyata agama ini tidak kejam. Tapi Islam penuh dengan cinta,” akuinya.
Lantaran itu Dian pun bulat hati untuk memeluk Islam. Dian mengatakan hal pertama yang beliau pelajari adalah solat sehingga mantap mengucap dua kalimat syahadat.
“Saya mula belajar solat dan mengucap syahadat pada malam Isra Miraj tahun 2002.
“Mulanya saya bimbang, terutama bagaimana jika ibu tahu saya peluk Islam. Ramai juga yang ingat saya peluk Islam sebab waktu itu sedang bercinta dengan kekasih seorang Muslim.
“Tapi saya lihat ke dalam hati, apa yang saya yakini dan tidak takut dengan keputusan yang telah diambil,” jelasnya lagi.
Malah kini Dian yang sudah 20 tahun memeluk Islam dilihat sangat tekun menjalani ibadah termasuk khatam Al Quran setiap kali bulan Ramadan.
Instagram: @therealdisastr
Maliah Surip
Tue Apr 26 2022


Bukan Sewa, Lisa Blackpink Didakwa Naik Jet Peribadi Dengan V BTS & Park Bo Gum
Lisa, V dan Bo Gum kini berada di Paris.

“From Pelakon Kayu Jadi Hawkeye Tanah Melayu” - Fattah Amin Trending, Lakonan & Skill Silat Dipuji Mantap!
Ramai yang crush dengan watak Awang. Tahniah Fattah Amin, lakonan mantap!

“Demi Allah Saya Tidak Menumbuk, Memijak dan Menendang…” Sharnaaz Ahmad Jawab Isu Direman Polis
Akirnya Sharnaaz tampil bersuara

Tahun 2007 Kahwin Dengan Menara Eiffel, Sekarang Jatuh Cinta Pada Pagar
Alamak jatuh cinta dengan pagar pula dah.

Hyun Bin Dah Nak Jadi Bapa, Son Ye Jin Umum Hamil Anak Sulung
Tahniah BinJin Couple, lovenya!

Ronaldinho Datang Rumah Raffi Ahmad, Siap Lepak Makan Bakso & Cendol!
Wow, BFF!

Ratu Ten Pin Kembali Dengan Kisah Benar Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli
Mesti best sebab kisah benar

“Saya Pendam Lebih Dari 10 Tahun…” Nikki Palikat Dedah Kisah Di Sebalik Perceraiannya Dengan Audi Mok
Ini kisah sebenarnya...

#HisteriaTheSeries: Apa Barang Yang Ditanam Oleh Pengawal Sekolah? Jalin Hubungan Dengan Cikgu, Vanidah Pula Dirasuk!
Makin mendebarkan!

“Syahmi Cukup Berani Bawakan Tema Sebegini” - Penonton 35mm Puji Keberanian Pengarah Bawakan Tema Berbeza Untuk Filem
Memang terbaik Syahmi!