Diana Danielle Bakal Fail Cerai Terhadap Farid Kamil, Anggap Rujuk Bukan Untuk Semua Orang - “Let Me Go”
Asyikin Mayudin
28/10/2024 11:10 MYT
28/10/2024 11:10 MYT
Tiada angin, tiada ribut, pelakon Diana Danielle mengumumkan dia sudah mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya iaitu aktor Farid Kamil.
Tak duduk bersama
Menerusi Instagram pada Isnin, Diana turut memberitahu dia juga akan memfailkan perceraian terhadap suaminya.
“Saya ambil keputusan untuk secara rasmi berpisah daripada suami saya dan akan memfailkan perceraian,” kongsinya di Instagram.
Pada perkongsian yang sama, Diana bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut mengenai keputusan yang telah dibuat.
Minta dilepaskan
Diana bagaimanapun berkata kembali rujuk bukan untuk semua orang dan meminta dirinya untuk dilepaskan.
“Tidak, saya tidak akan memberi penjelasan kenapa. Mungkin seperti biasa, dia akan. Dengan bunga dan cincin dan janji kosong. Have a nice life.
“Rujuk bukan untuk semua orang. Lepaskan saya. Terima kasih,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Educated Tak Semestinya Pakar Dalam Sesuatu Bidang” - Perunding Hartanah Tak Setuju Diana Danielle Gelarkan Rumah Malaysia Mahal
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”
Untuk rekod, Diana dan Farid pernah bercerai dengan talak satu pada 10 Ogos tahun lalu namun kembali rujuk selepas sebulan berpisah.