Hiburan

“Sibuk Nak Tanya Siapa Curang, Siapa Apa, Laki Bini Sendiri Terabai” - Diana Danielle

gempak
Asyikin Mayudin
11/05/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
“Sibuk Nak Tanya Siapa Curang, Siapa Apa, Laki Bini Sendiri Terabai” - Diana Danielle
Pelakon Diana Danielle mempertikaikan tindakan segelintir pihak yang gemar memberi teguran terutama melibatkan aurat di laman sosial.

Platform Fitnah & Tipu Daya

Menerusi Instastory, Diana berkata pihak yang ingin menegur sepatutnya menjaga diri daripada terjebat dengan media sosial yang dianggap platfrom segala fitnah dan tipu daya.
“Tak faham yang suka tegur-tegur orang di media sosial, jangan begini, jangan begitu. Aurat itu aurat ini. Mata pun kena jaga juga, kalau betul nak jaga, jaga diri dahulu daripada terjebak dengan media sosial.
“Lubuk segala fitnah, tipu daya semualah. Sah-sah melalaikan, sah-sah banyak benda yang tak patut tengok akan tertengok. Kalau lelaki nampak aurat perempuan dan sebaliknya. Yang itu tak pula nak jaga,” katanya.

Habiskan Masa Di Media Sosial

Menurut isteri kepada pelakon Farid Kamil itu, hakikatnya mereka boleh mengawal sendiri kandungan laman sosial yang ingin diikuti andai tidak menyenangi seseorang individu.
“Semua akaun media sosial ada, TikTok, Instagram, Facebook, X dan YouTube. Beritahu sahaja. Kalau periksa masa yang dihabiskan dengan telefon sekurang-kurangnya berjam-jam sehari melayari konten yang tidak berfaedah,” ujarnya.

Beri Tumpuan Kepada Keluarga

Diana memberitahu lebih baik masa yang dibazirkan menyibuk urusan orang lain dimanfaatkan dengan memberikan lebih perhatian terhadap keluarga masing-masing.
“Bila kali terakhir periksa keadaan insan kesayangan, anak-anak, ibu bapa, isteri atau suami yang memerlukan sesuatu daripada awak?
“Kalau awak kisah dengan kehidupan sendiri, awak takkan ada masa nak skrol dan secara rawak DM (mesej langsung) kepada orang tak kenal. Ini sibuk betul nak jaga aurat anak orang, anak sendiri entah ke mana,” ujarnya dengan tegas.

Henti Sikap Suka Sibuk Hal Orang

Berharap sikap suka menyibuk hal dalam kain pihak lain dihentikan, pelakon filem Imaginur itu meminta mereka yang bersikap sedemikian ‘cermin’ dahulu wajah masing-masing.
“Sibuk nak tahu siapa curang siapa apa, laki bini sendiri terabai. Sibuk nak tolong siram rumput jiran sebelah, rumah sendiri bersarang. Berhenti. Jangan sibuk jaga tepi kain orang lain,” tambahnya.
Ibu kepada dua anak itu sebelum ini sering mengulas pelbagai isu dalam media sosialnya sebagai cara menzahirkan pandangan.

BERITA TRENDING: "Duit Raya Seringgit Ke, Seratus Ringgit Ke, Enjoy Je Lah!" - Diana Danielle

BERITA TRENDING: “Saya Tak Benarkan Diana Buat Bariatrik” - Farid Kamil

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024