,
Hiburan

Diana Danielle Nafi Masih Berhubung Dengan Farid Kamil - "Saya Sudah Beri Notis Untuk Dia Pindah Rumah Secepat Mungkin"

Amri Hassan
30/10/2024
23:45 MYT
Pelakon jelita Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya, Farid Kamil, bahawa mereka masih berhubung.
Menerusi kenyataan di Instagram Stories, Diana mendakwa dia tidak mahu tinggal sebumbung dengan Farid lagi dan meminta suaminya menghormati permintaannya (untuk memohon perceraian).

"Kami tidak bercakap menerusi telefon semalam. Saya sudah beri notis dalam WhatsApp untuk dia (Farid) pindah rumah secepat mungkin kerana akan lalui proses perceraian.

"Saya tidak akan benarkan hal yang tak pernah berlaku dikatakan berlaku. Saya juga tidak mahu sebumbung lagi seperti yang sudah dimaklumkan sendiri kepadanya... Sila hormati," katanya.
Terdahulu, Farid memaklumkan dia dan Diana masih lagi berhubung dan tinggal sebumbung selain menyatakan kemelut yang berlaku hanya perselisihan faham kecil.
Isnin lalu, Diana membuat kejutan apabila mengumumkan mahu memfailkan perceraian buat kali kedua menerusi perkongsian di IG.

BERITA TRENDING: Diana Danielle Bakal Fail Cerai Terhadap Farid Kamil, Anggap Rujuk Bukan Untuk Semua Orang - “Let Me Go”

BERITA TRENDING: “Saya Masih Sayangkan Isteri & Anak-Anak” - Farid Kamil Akan Berusaha Jernihkan Keadaan

BERITA TRENDING: Berlaku Sedikit Salah Faham, Farid Kamil Reda Jika Berlaku Sebarang Kemungkinan - “Dalam Rumah Tangga Bila Masa Bulan Mengambang…”

BERITA TRENDING: Farid Kamil Nafi Dakwaan Diana Danielle Fail Cerai Sebab Orang Ketiga - "Apa Yang Jadi Bukan Seperti Yang ..."

Difahamkan, Farid berada di lokasi penggambaran filem ketika pengumuman itu dibuat.
Pada 10 Mac tahun lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson pernah memfailkan permohonan cerai di mahkamah yang sama, iaitu Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Alasan diberi pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu. Namun, mereka rujuk sebulan kemudian.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Unitar