Diana Rafar Selamat Lahir Bayi Perempuan, Zamarul Hisham Syukur Isteri & Anak Sihat

Rozaimi Zubaidi
Ogos 22, 2017 12:17 MYT
Pelakon Zamarul Hisham meluahkan rasa syukur selepas isterinya, Diana Rafar selamat melahirkan bayi perempuan sebentar tadi.
"Syukur Alhamdulillah, Ya Allah terima kasih Allah atas rezeki besar yang kau berikan kepada kami. Terima kasih sahabat-sahabat atas doa anda.
"Diana selamat melahirkan bayi perempuan pukul 4.30 petang tadi. Syukur Alhamdulillah," tulisnya di akaun Instagram sebentar tadi.
Zamarul juga turut mendedahkan sebahagian wajah anaknya menerusi entri terbaru itu.
Dalam pada itu, ruangan komen entri berkenaan juga turut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada pengikut dan juga rakan artis.
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Pelakon #Diana Rafar #Zamarul Hisyam