HIBURAN
Dianggap Sebagai Pelapis Noorkhiriah, Trisha Ooi Rasa Dihormati - “Saya Tak Anggap Ia Satu Tiket Untuk…”
Tular poster drama terbaharu pelakon Trisha Oii yang memperlihatkan dia memegang watak sebagai wanita kurang upaya (OKU) dan ia menerima pujian daripada netizen.
Rasa dihormati
Syukur atas pujian itu, Trisha atau Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi berkata dia berasa dihormati sekiranya dianggap sebagai pelapis pelakon versatile Noorkhiriah dan Nad Zainal.
"Sejujurnya saya bersyukur kalau ada yang melihat saya sebagai pelapis bakat-bakat pelakon yang sudah stabil dengan kebolehan dan kemahiran mereka.
"Saya juga rasa sangat dihomati dan tersentuh bila ada yang memberi komen seperti ini," katanya kepada Gempak.
Peluang untuk belajar
Menurut pelakon berusia 26 tahun ini, dia enggan mudah leka dengan pujian tersebut, sebaliknya mencari peluang untuk terus belajar agar dapat menjadi seorang pelakon yang lebih baik.
ARTIKEL BERKAITAN: Impian Jadi Kenyataan! Trisha Ooi Teruja Dapat Tawaran One Cent Thief 2 - “Saya Tak Akan Siakan Peluang Ni!”
ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup Tindik Kening & Potong Rambut Pendek Antara Persediaan Trisha Ooi Nak Jiwai Watak ‘D’ - “Secara Mental, Saya Menyelami…”
Malah dirinya juga mengambil kelas lakonan dalam menghayati karya terbaharunya berjudul Mah.
"Tapi saya tak anggap ia sebagai satu tiket untuk terus yakin kerana saya masih lagi belajar menjalankan tanggungjawab yang sebaik mungkin.
"Saya nak berlakon pun masih takut dan ada lakukan persediaan terutama watak Mah," jelasnya.
Sebelum ini, tular video lakonan Trisha melakonkan watak wanita kurang upaya di dalam drama Mah yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Gara-gara berjaya membawa watak itu dengan baik, Trisha dianggap sebagai pelapis aktres Noorkhiriah dan Nad Zainal yang juga sinonim dengan karakter sebegitu.