Hiburan
Sanggup Tindik Kening & Potong Rambut Pendek Antara Persediaan Trisha Ooi Nak Jiwai Watak ‘D’ - “Secara Mental, Saya Menyelami…”
Pelakon Trisha Ooi meluahkan rasa teruja apabila dia akhirnya dapat berkongsi video memperlihatkan dia melakukan salah satu persediaan untuk watak ‘Diana’ dalam drama siri Astro Original, One Cent Thief (OCT) 2.
Watak D
Menerusi perkongsian di TikTok, Trisha berkata watak Diana yang juga karakter baharu dalam drama itu lebih selesa dipanggil sebagai ‘D’.
ARTIKEL BERKAITAN: Kerjasama Epik: One Cent Thief 2 dan Goodday Charge Cipta Magis Baru
ARTIKEL BERKAITAN: "One Cent Thief Musim Kedua Lebih Kompleks dan Pantas" – Syafiq Kyle
“Akhirnya dapat kongsi dengan korang salah satu persediaan untuk watak Diyana — atau dia lebih suka dipanggil sebagai ‘D’,” kongsi Trisha.
Persediaan
Pada perkongsian yang sama, pelakon berusia 24 tahun ini mendedahkan dia sanggup menindik kening, memotong rambut menjadi pendek dan berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menjiwai watak itu.
“Apabila saya dapat panggilan, saya sangat berbesar hari, mengetahui perjalanan ini akan menuntut segala-galanya daripada saya.
“Saya menindik kening, memotong rambut pendek, dan berlatih bersungguh-sungguh untuk menjadi D secara fizikal.
“Secara mental, saya menyelami dunianya, masa lalunya, jalannya, suaranya, malah tabiatnya yang paling kecil. Membawa D untuk menghidupkan adalah kerja cinta, dan saya tidak sabar untuk anda bertemu dengannya,” ujarnya.
One Cent Thief 2
Siri terbitan Astro Shaw bersama Independant Pictures Sdn Bhd ini menyambung perjuangan Iman Shah dan Digital Karma untuk menjatuhkan Ibu Zara, pemilik kartel dadah yang sangat berkuasa.
Siri ini bakal bersiaran bermula 31 Januari 2025 setiap Jumaat, di On Demand dan Asto GO bermula 12 tengah malam, manakala jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108), setiap Isnin, jam 9 Malam di Astro Ria (saluran 104), serta sooka.
Siri Premium Astro Originals ‘One Cent Thief’ musim kedua turut menyaksikan kolaborasi penuh dinamik jenama ikonik tanah air, Goodday Charge, susu diperkaya pertama di Malaysia yang mengandungi 10 nutrien penting untuk membantu mengekalkan tenaga anda sepanjang hari.
Gooday Charge telah menjadi rakan kerjasama strategik Astro Shaw untuk sepanjang tahun 2025, dan usaha kerjasama strategik dalam industri ini bertujuan memberikan pengalaman menyeronokkan dan meningkatkan lagi keterujaan peminat untuk terus menonton siri hebat ini.
Kerjasama strategik ini melibatkan inisiatif promosi pemasaran untuk kedua jenama dan juga penempatan produk. Astro Shaw juga turut menerbitkan sebuat video khas berdurasi 30 saat, untuk Goodday bersempena dengan kerjasama ini.
‘One Cent Thief’ musim kedua adalah hasil sentuhan premium Ariff Zulkarnain dan juga Alfie Palermo, show runner dan pengarah asal bagi siri original One Cent Thief.
Siri saspens penuh mendebarkan ini dibintangi oleh Syafiq Kyle (Iman Shah), Azira Shafinaz (Intan), Faizal Husin (Abah), Fabian Loo (Chen), Sofia Jane (Ibu Zara), Trisha Ooi (Diyana), Syarul Izani (Dzia) dan juga Shashi Taran (Kapten Chandran).
@itstrishaooi Finally dapat share dengan korang salah satu preparation untuk watak Diyana — or as she likes to be called, “D”. When I got the call, I was overwhelmed with gratitude, knowing this journey was going to demand everything from me. I pierced my eyebrow, cut my hair short, and trained hard to become D physically. Mentally, I immersed myself in her world—her past, her walk, her voice, even her smallest habits. Bringing D to life has been a labor of love, and I can’t wait for you to meet her. So mark calendar korang, 31st January 2025! One Cent Thief season 2 🔥 #OneCentThiefS2 #AstroOriginals #AstroShaw ♬ Grillz - Nelly
Must-Watch Video