Apa saja yang dikongsikan pasti menjadi bahan kecaman netizen namun penyanyi Baby Shima tetap dengan pendiriannya untuk terus melakukan perkara yang disukai di laman sosial seperti menari.

Baby Shima bagaimanapun menegaskan dia tidak pernah merancang untuk membuat perkongsian di media sosial hanya kerana ingin menarik perhatian atau kecaman daripada netizen.

“Bagi Saya, laman sosial saya ini akan buat apa saja yang saya suka. Macam saya suka menari, jadi saya menari saja. Saya rasa, saya menari macam biasa saja tapi orang lain kecam.

“Jadi bila muncul banyak kecaman itu, orang lain pun turut serta kecam. Dari situ saya tak pernah nak create apa-apa hanya untuk mengundang kecaman. Sebab saya enjoy dengan apa yang saya buat,” katanya kepada Gempak.

Penyanyi lagu Lalai itu ditemui ketika majlis pra tonton dan sidang media filem terbaharu lakonannya berjudul Biko di GSC The Starling Mall, Petaling Jaya pada Rabu.

Selain Baby Shima, filem arahan Teng Bee yang akan ditayangkan pada 13 Oktober depan juga dibarisi oleh pelakon Azrel Ismail, Sara Ali dan Syed Irfan.

Sebelum ini, setiap perkongsian Baby Shima di laman sosialnya pasti mengundang kecaman netizen terutama video atau fotonya yang kelihatan seksi.

Mengulas mengenai imej seksi itu, Baby Shima menyedari ramai lagi selebriti yang berpakaian lebih menonjol berbanding dirinya namun masih menerima pujian.

“Saya ada perasan juga beberapa orang artis yang pakai lebih seksi daripada saya… tayang dada, punggung dan tayang sampai nampak seluar dalam, tapi segelintir netizen ‘wah you slay’.

“Saya yang tak pernah tayang lurah dada, punggung tapi maki hamun dengan perkataan kesat. Tapi tak apa, saya okay dan masih bersabar,” ujarnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!