Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dibandingkan Dengan Mentua Puteri Sarah, Ini Respons Ibu Aliff Aziz!

Amri Hassan
04/04/2024 08:01 MYT
Ibu kepada pelakon kontroversi Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil enggan mengulas lanjut perbandingan warganet dengan mentua Puteri Sarah Liyana, Datin Patimah Ismail.

Kata Hafiza, dia hanya melahirkan rasa syukur dan menganggap dirinya ibu kepada Aliff sahaja.

“Fasal itu no komen, saya hanya syukur dan ucap Alhamdulillah. Saya hanya Hafiza iaitu ibu kepada Aliff Aziz,” katanya.

Hafiza ketika ditemui media di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis turut memohon doa buat anak dan menantunya, Bella Astillah.

BERITA TRENDING: Ibu Aliff Aziz Minta Doa Baik-Baik Untuk Anak, Menantu! - "Saya Tak Mahu Cakap Perkara Negatif"

PILIHAN PEMBACA: “Air Mata & Lakonan Hebat Boleh Tutup Mata Manusia” - Ibu Aliff Aziz

BERITA TRENDING: Netizen Bandingkan Ibu Mentua Bella Astillah, Puteri Sarah

Pada Khamis, Aliff enggan menceraikan isterinya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah ketika sebutan kedua cerai talak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.

Ketika Hakim syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat bertanyakan kepada Aliff, penyanyi itu menyatakan dia tidak bersetuju kerana memerlukan masa untuk membuat keputusan selain masih sayangkan Bella.

Mahkamah menetapkan sebutan untuk keputusan laporan proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 4 Jun.

BERITA TRENDING: Bella Astillah, Aliff Aziz Bakal Bercerai Hari Ini?

BERITA TRENDING: ​Aliff Aziz Membisu, Keluarga Teman Datang Mahkamah!
#pelakon #Kontroversi #Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Mahkamah #Puteri Sarah Liyana #Curang #Datin Patimah Ismail #Siti Hafiza Basharahil
;