Berita

Dibebaskan, Peguam Dedah Kehidupan Pelakon Rhea Chakraborty Yang Jadi Suspek Bunuh Diri Kekasihnya Di Penjara

Maliah Surip
10/10/2020
06:45 MYT
Pelakon Bollywood Rhea Chakraborty dibebaskan setelah ditahan di penjara selama 28 hari atas pertuduhan menjadi dalang di sebalik tindakan bunuh diri bekas kekasihnya, aktor Sushant Singh Rajput.
Rhea yang dituduh oleh bapa aktor itu sebagai mempengaruhi anaknya dengan dadah dan menggunakan ilmu hitam dibebaskan dengan syarat semalam.
Sebaik dibebaskan, peguam yang mewakili pelakon itu, Satish Maneshinde memberi kenyataan kepada pihak media di India tentang kehidupan yang dilalui Rhea sepanjang hampir sebulan menjadi banduan.
"Saya ada bertemu Rhea di dalam penjara sebelum ini untuk mengetahui keadaannya. Dan saya sangat lega kerana dia hidup normal dan menjaga dirinya dengan sangat baik.
"Rhea juga menjadi guru yoga di dalam penjara dan bergaul baik dengan banduan lain," dedah Satish seperti yang dilaporkan oleh Hindustantimes.com.
Sementara itu, Satish juga mengatakan kliennya beranggapan keluarga Rajput sebagai pendendam.
"Kami berpendapat keluarga Rajput sangat berdendam dengan Rhea. Saya tidak pasti kenapa tapi mungkin mereka tidak suka hakikat sebelum ini keduanya pernah tinggal sebumbung," kata Satish lagi.
Pada Jun lalu, Rajput yang berusia 34 tahun ditemui mati di kediamannya di Mumbai disyaki kerana tekanan perasaan.
(Keluarga Rajput mendakwa Rhea punca anak lelaki mereka membunuh diri)
Namun dari kematiannya, polis didesak untuk menyiasat punca kematian aktor itu sehingga membuat tangkapan terhadap Rhea dan beberapa yang lainnya.
Beberapa nama besar dalam dunia Bollywood turut dipanggil untuk membantu siasatan, terutama mengenai penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelaku seni.
Kredit Foto: Times of India, Hindustantimes.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Rhea Chakraborty Kongsi Kisah Dipenjara 28 Hari Lepas Kematian Mantan Kekasih Aktor Sushant Rajput

gempak
18/01/2024
14:50 MYT
Aktres Rhea Chakaraborty akhirnya berkongsi ‘kisah hitam’ pengalaman dirinya dipenjarakan selepas kematian kekasih yang juga seorang aktor, Sushant Singh Rajput.
Laman Utama

Dapat Maklumat Ada Individu Terbaring, Ritual Pembunuhan, Polis Serbu Kelas Yoga

gempak
10/09/2023
12:30 MYT
Sesi pembelajaran kelas yoga di sebuah bandar kecil di Britain bertukar mimpi ngeri apabila tiba-tiba diserbu sekumpulan polis.
Laman Utama

Janna Nick Minta Kongsi Waktu Sesuai Buat ‘Hot Yoga’ Di Bulan Ramadan - “Nak Buat Lepas Berbuka Takut…”

gempak
28/03/2023
07:55 MYT
Patutlah Janna makin slim!
Laman Utama

Will Smith Buat Yoga & Meditasi Di India

gempak
27/04/2022
14:25 MYT
Kedatangan Will Smith ke India hujung minggu lalu disifatkan sebagai sebuah perjalanan ‘kerohanian’ selepas insiden tampar yang berlaku dalam anugerah Oscar baru baru ini.
Nusantara

Deepika Padukone Diinterogasi Polisi terkait Kematian aktor Sushant Singh Rajput

gempak
27/09/2020
04:21 MYT