Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dibebaskan Sementara, Da’i Syed Ambil Peluang Habiskan Masa Bersama Anak Perempuan

Ainun
21/09/2024 23:55 MYT
Pendakwah selebriti, Da’i Syed dilihat mengambil peluang untuk menghabiskan masa bersama anak perempuannya setelah dibebaskan sementara dari Penjara Kajang pada Jumaat.

Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful,29, telah berkongsi momen berkenaan menerusi sebuah hantaran di Instagram Story pada Sabtu.

Menerusi perkongsian tersebut, suami kepada pengacara, Hana Ismail itu dilihat sedang menikmati waktu senja bersama anaknya di sekitar kawasan perumahannya.

Terdahulu, Da’i Syed telah dilepaskan sementara waktu oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas Hakim, Datuk Aslam Zainuddin memutuskan untuk membenarkan permohonan peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Syed bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman itu hingga rayuan didengar dan diputuskan.

BERITA TRENDING: Penangguhan Hukuman Terhadap Da'i Syed Prosedur Biasa, Tiada Istilah Pakai ‘Kabel' - Peguam

BERITA TRENDING: 21 Hari Meringkuk Di Penjara Kajang, Da’i Syed Dilepaskan Sementara Hingga Rayuan Didengar

BERITA TRENDING: Peguam Asiah Abd Jalil Beri Pandangan Mengenai Kes Da’i Syed - “Saya Rasa Dia Memang Bernasib Malang Kerana…”

BERITA TRENDING: Da’i Fuad Bidas Dakwaan Baby Shima, Siap Tunjuk Bukti Dah Tegur Da’i Syed - “Saya Tak Menegur Dalam Keadaan Berkiblatkan Mana Kawan, Mana Lawan”


Pada 30 Ogos lalu, Mahkamah Sesyen, Shah Alam telah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan terhadap Syed kerana telah merogol seorang wanita di sebuah kondominum, lima tahun lepas.

#Anak #Perempuan #Masa #Dai #Dai Syed #Syed #Petang