,
Hiburan

Penangguhan Hukuman Terhadap Da'i Syed Prosedur Biasa, Tiada Istilah Pakai ‘Kabel' - Peguam

Gempak
21/09/2024
09:25 MYT
Penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan sebat terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed adalah prosedur biasa dan tiada kena mengena kononnya mahkamah boleh 'dibeli'.
Da'i Syed, 29, sebelum ini berada dalam Penjara Kajang selama 21 hari sebelum dibebaskan semalam sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi didengar dan diputuskan.

Penjelasan tentang maksud penangguhan hukuman

Peguam, Dr Mahmud Jumaat berkata, beliau tampil untuk menjelaskan perkara itu selepas melihat pelbagai perdebatan di media sosial kononnya pendakwah itu memakai kabel, mahkamah boleh dibeli dan kritikan terhadap sistem kehakiman negara.
"Semua pihak perlu faham, sebelum ini hakim Mahkamah Sesyen menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan mahkamah membenarkan permohonan itu.
"Bagaimanapun, pasukan pembelaan Da'i Syed membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam atas sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen dan juga memfailkan notis usul untuk memohon penggantungan pelaksanaan hukuman di bawah Seksyen 311 Kanun Acara Jenayah.

"Perlu jelas ini adalah proses biasa bagi mana-mana pesalah apabila permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman mereka ditolak di Mahkamah Sesyen mereka akan membuat permohonan kedua di Mahkamah Tinggi pula.

"Itulah yang dilakukan oleh peguam tertuduh, permohonan kedua dilakukan di Mahkamah Tinggi dan diterima," katanya seperti dilapor Harian Metro.

Tiada kabel atau keistimewaan khas

Menurutnya, mahkamah akan meneliti sekiranya keadaan khas yang mewajarkan permohonan diterima antaranya graviti kesalahan itu, tempoh hukuman berbanding tempoh rayuan untuk didengar, rekod kesalahan perayu, sama ada perayu akan melakukan kesalahan yang sama sekiranya dibebaskan, faktor kesihatan dan lain-lain.

"Saya ingin tegaskan, tidak ada kena mengena mahkamah bagi keistimewaan khas, salah guna kuasa dan tertuduh ini pakai 'kabel'.

"Tetapi ini memang prosedur standard biasa yang mana apabila Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman dan permohonan dibuat untuk penangguhan hukuman tetapi ditolak mahkamah. "Jadi, Syed ini ada peluang kedua buat rayuan di Mahkamah Tinggi dan diterima selepas menilai keadaan tertentu yang mewajarkan dia menangguhkan hukuman," katanya.
Tegas peguam itu, menjadi amalan biasa dalam perundangan negara tertuduh dilepaskan sementara menanti rayuan sabitan dan hukuman di Mahkamah Tinggi.
"Contohnya kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi menolak penangguhan hukuman menyebabkan wanita itu kini berada dalam penjara," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:21 Hari Meringkuk Di Penjara Kajang, Da’i Syed Dilepaskan Sementara Hingga Rayuan Didengar

ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Asiah Abd Jalil Beri Pandangan Mengenai Kes Da’i Syed - “Saya Rasa Dia Memang Bernasib Malang Kerana…”

ARTIKEL BERKAITAN:Tular Video Da’i Syed Betulkan Tudung Isteri Sambil Tersenyum, Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Buatlah Pilihan Terbaik Selepas Ini, Nak Stay Atau…”

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Rogol: "Tindakan Da'i Syed Tidak Dapat Diterima Akal" - Hakim

ARTIKEL BERKAITAN:Da'i Syed Dihantar Ke Penjara Kajang, Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Hukuman

Mohon netizen bertenang

Mahmud berkata, dia berharap netizen bertenang dan jangan mencemuh sistem kehakiman negara terutama hakim yang menjalankan budi bicaranya membenarkan permohonan itu kerana ia adalah proses biasa apabila seseorang itu dalam prosiding rayuan.

"Saya percaya sistem perundangan kita sangat adil, yang bersalah akan tetap menerima hukuman cepat atau lambat," katanya.

Pada 30 Ogos lalu, Syed atau nama sebenar, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Hakim Norazlin Othman turut menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan mahkamah membenarkan permohonan itu.
Pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah itu daripada tuduhan berkenaan tanpa memanggilnya membela diri.
Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City di Seksyen 7, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

21 Hari Meringkuk Di Penjara Kajang, Da’i Syed Dilepaskan Sementara Hingga Rayuan Didengar

gempak
20/09/2024
14:30 MYT
Selepas 21 hari meringkuk di Penjara Kajang kerana merogol seorang wanita, pada lima tahun lalu, pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.