Laman Utama
Dibenci Sebab Jadi Penyondol, Sophia Albarakbah Kenal Diri Sendiri: “It’s Very Shallow”
Sedar dirinya menjadi tumpuan bukan kerana bakat lakonan yang sedang dipertontonkan, tetapi kerana kontroversi kononnya telah menganggu rumah tangga pasangan pelakon dan penyanyi, Sophia Albarakbah punya pandangan sendiri mengenai situasi yang melanda.
Dengan lembut dan tenang, Sophia mengatakan semua gosip dan kata nista yang dilemparkan kepadanya adalah hal yang cetek untuk diambil serius kerana tidak membantu diri dan kariernya menjadi lebih maju.
“Sebagai pelakon ini kerja saya berlakon. Gosip tak kena apa dengan saya, its very shallow (ia sangat cetek). Ia tidak membantu diri saya berkembang atau karier saya dengan lebih baik. Apa apa yang jadi (kontroversi) saya tidak fikir sangat,” akuinya kepada Gempak.
Sophia yang ditemui pada majlis Gempak Most Wanted 2022 (GMWA 2022) juga mengatakan orang yang mengecamnya tidak tahu mengenai situasi sebenar yang berlaku dan dia juga tidak dapat menutup mulut semua orang hanya demi ‘membenarkan’ dirinya.
“Orang kecam mereka tak tahu apa yang berlaku. Mereka kecam dengan apa yang sekadar mereka dengar, bukan pada situasi sebenar.
“Saya kenal diri saya, keluarga kenal diri saya dan orang sekeliling yang dekat dengan saya, kenal saya, itu memadai.
“Sebab saya tak boleh halang orang bercakap. Jika saya defends myself nanti akan lebih panjang perbalahan.
Jadi mudahnya, tak payah layan sebab ia tidak membantu kehidupan saya. Saya buat baik, buat tak baik, semua orang tetap akan bercakap. Saya hanya perlu fokus terhadap karier dan selebihnya, doakan saya,” jelas model itu.
Nama Sophia Albarakbah mula menjadi trending dan terkenal selepas didakwa jatuh cinta sekaligus menjadi orang ketiga dengan rumah tangga penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dan Bella Astilah.
Sejak kontroversi melanda, Sophia yang berlakon dengan Aliff dalam drama Ku Akad Mu Dengan Bismillah dilabel sebagai penyondol.
Must-Watch Video