Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Didakwa Ada Hubungan Dengan Pelakon Baharu, Netizen Tetap Sokong Bella - “Aliff Boleh Buat Kenapa Dia Tak Boleh”

Gempak
03/04/2024 04:24 MYT
Nama aktres, Bella Astillah hangat diperkatakan selepas tular video yang mendakwa isteri penyanyi, Aliff Aziz itu mempunyai hubungan cinta dengan pelakon baharu yang dikenali sebagai Muaz Zabir.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @edisiumat, akaun tersebut telah memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan Bella bersama Muaz.


Foto dan perbualan mesra

Video itu juga turut memperlihatkan tangkap layar Bella bersama Muaz yang saling berbalas mesej menggunakan panggilan mesra.

Tidak cukup dengan itu, hubungan mereka juga didakwa sudah terjalin sejak Oktober tahun lalu selain kerap berkongsi foto dalam mesej tersebut.

Malah, swafoto yang merakamkan Bella dan Muaz sedang tersenyum manis juga seolah-olah membuktikan kemesraan antara mereka.

"Sekarang baru faham kenapa. Ini baru tunjuk sikit," tulisnya dalam ruangan kapsyen.

undefined

Netizen tetap back up Bella

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan rasa tidak percaya dan menganggap ada pihak yang sengaja mahu memburukkan Bella.

Malah ada juga netizen yang menyebelahi Bella dan menyokong sekiranya ibu kepada dua orang anak itu mempunyai orang lain dalam hatinya.

Antara komen yang diterima adalah:



BERITA TRENDING: "Beri Ruang Pada Bella" - Didi Astillah

Terdahulu, dunia hiburan digemparkan dengan penahanan Aliff dan Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu kota pada 9 Mac lalu.

Ruhainies dan Aliff akhirnya tampil memberikan penjelasan berkenaan isu khalwat itu.

Jelas Ruhainies, dia hanya mengajak Aliff ke kediamannya di ibu kota untuk makan malam bersama-sama keluarganya yang didakwa telah kenal sejak 10 tahun lalu.

Ruhainies berkata, kakaknya pelakon Risteena sepatutnya sudah datang lebih awal ke rumahnya namun terlewat kerana berdepan dengan kesesakan jalan raya.

Selang beberapa minit selepas Ruhainies membuat penjelasan, Aliff juga turut bersuara mengenai dakwaan khalwat berkenaan.

BERITA TRENDING: Kes Khalwat, Aliff Aziz Mohon Maaf - “Sepatutnya Tunggu Di Lobi, Tak Terfikir…”

Menurut Aliff, dia mengambil langkah untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan fakta oleh mana mana pihak.

Baru-baru ini, Hafiza didakwa sudah tidak mengikuti menantunya, Bella Astillah di akaun Instagram.

#Viral #Aliff Aziz #Bella Astillah #Tular #Curang #Hubungan #Muaz Zabir
;