,
Hiburan

Didakwa Anak Emas Syarikat Rakaman: "Ini Semua Fitnah" - Haqiem Rusli

Zulaikha Yusof
22/04/2019
04:10 MYT
Penyanyi Haqiem Rusli menidakkan dakwaan kononnya dia merupakan anak emas kepada syarikat pengurusannya, FMC Music.
Menurut Haqiem itu semua adalah fitnah semata-mata.
"Saya tidak tahu macam mana ingin cakap, takut dilabel seorang yang berlagak.
"Bagi saya itu rezeki masing-masing dalam industri muzik ini. Akan timbul perasaan hasad dengki oleh sebab itu kita kena ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.
"Ramai lagi dalam syarikat pengurusan yang mempunyai nama besar antaranya Wany Hasrita dan Tajul.
"FMC ini saling tolong menolong, pengurus saya memberi layanan sama adil kepada semua orang.
"Justeru, semua orang anak emas di FMC. Ini semua fitnah, ada mulut jahat yang berkata," katanya kepada Gempak.
Haqiem ditemui di Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.
Tambah pelantun lagu Selamat Tinggal Sayang menegaskan dia tidak mempunyai perancangan untuk keluar daripada syarikat pengurusan sekarang.
"Saya tidak ada perancangan untuk keluar memandangkan saya sudah menandatangani kontrak bersama mereka untuk satu tempoh yang lama.
"Saya berasa selesa dengan bos saya serta keluarga FMC sendiri.
"Lagipun mereka yang mengambil saya pada mulanya justeru saya tidak akan keluar," katanya lagi.
Pada malam AME2019, Haqiem berjaya merangkul sebuah trofi menerusi kategori Lagu MeleTOP.
AME2019 dihoskan oleh Neelofa, Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu telah berlangsung dengan meriah.
AME2019 menobatkan Khai Bahar dan Siti Nordiana sebagai pemenang Top Top MeleTOP Lelaki & Wanita pada edisi penganjuran kali ini.
Bertemakan Glam, AME 2019 bersiaran secara langsung pada jam 9.00 malam dan disiarkan di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Maya HD (134).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.
Viral

Kongsi Video Belajar Vokal, Netizen Bandingkan Ratu Farah Dengan Aina Abdul

gempak
29/08/2024
04:17 MYT
Nama Ratu Farah Diva bukanlah gerangan yang asing lagi bagi pengguna TikTok.