Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Didakwa Baru Kongsi Tentang Palestin, Dahlia Rizal Rasa Seperti Difitnah

Umirah Halim
13/05/2024 09:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal menjawab dakwaan warganet yang memfitnahnya tidak bersuara mengenai kezaliman zionis terhadap Palestin.

Dahlia shadowbanned

Menurut Dahlia, akaun Instagramnya telah disekat berikutan terlalu banyak hantaran yang dibuat mengenai perperangan itu.

“Untuk cakap saya baru post tentang Palestin, itu adalah salah. Saya ada beritahu kepada pengikut saya sebelum ini yang saya pernah kena shadowbanned kerana banyak posting. Malah tak dapat akses ke akaun IG selepas terlalu banyak post tentang Palestin.

“Saya dapat log in dan akses semula selepas dua hari. Saya faham mengapa ada yang bersangka macam tu dan saya tidak menyalahkannya.

“Tetapi buat fitnah dan cakap saya tidak pernah dan 'baru saja' nak post itu adalah salah. Tapi percayalah apa yang awak semua mahu percaya. Saya mengatakan ini untuk mereka yang sudah lama mengikuti saya dan mengetahui tentangnya,” tulisnya menerusi perkongsian di Instagram Story.

Netizen nak boikot Dahlia

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila ada warganet yang mendakwa Dahlia Rizal mula membuat hantaran berkenaan peperangan di Palestin selepas orang ramai mula memboikotnya.

“Dahlia rizal ni dari dulu dah cakap about palastin sempat kena shadowbanned tapi dia still beli produk boikot hahhahaha,and die bukannye minta maaf die buat tak tau je macam tak ada masalah and followers dia still banyak.

“Stop beria @DahliaRizal dengan post about Palestine, tiba-tiba after kena kecam ni haha. Terpaling promote brand-brand yang support Israhelia. Shamimia kita boleh boikot dulu , takkan dia tak boleh. Jom boikot Dahlia Rizal. Unfollow her IG dan semua.

“Booo Dahlia Rizal menggelupur terus repost story pasal Palestine, such a hypocrite ass non talented influencer,” dakwa beberapa netizen.

Terdahulu, susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin di serang oleh tentera Israel, ramai pengguna media sosial melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.

Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Mereka meluahkan rasa kecewa berikutan ramai artis tempatan yang menjadi wajah untuk beberapa jenama terkenal antarabangsa yang diboikot.

Warganet juga dilihat kesal berikutan selebriti-selebriti tersebut didakwa masih lagi giat mempromosikan barangan berkaitan dengan Israel.

Berita Trending: Masih Post Produk Sokong Zionis?, Netizen Tegur Daiyan Trisha -…

Berita Trending: Kenapa Netizen Senaraikan Puluhan Nama Artis, Pempengaruh Tempatan Untuk Diboikot?

#Netizen #Palestin #Boikot #Zionis #Dahlia Rizal