,
Hiburan

Masih Post Produk Sokong Zionis?, Netizen Tegur Daiyan Trisha - “Stop Promote Produk Mereka..”

Gempak
12/05/2024
03:55 MYT
Nama pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini apabila didakwa masih tidak berhenti mempromosikan produk yang menyokong Israel.

Netizen tegur Daiyan

Menerusi sebuah hantaran di Platform X, seorang pengguna telah menulis pesanan khas yang panjang buat Daiyan Trisha.
Pesanan tersebut mengandungi teguran sinis mengenai tindakan Daiyan yang seakan masih menunjukkan sokongan kepada jenama produk yang menyokong Israel.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen ada juga nama selebriti tempatan lain yang telah dipetik oleh netizen kerana dipercayai turut mempromosikan produk yang menyokong Israel.

Kontrak kerja?

Bagaimanapun, ada juga netizen yang tampil berfikiran positif dan berpendapat bahawa Daiyan melakukan perkara tersebut atas dasar perjanjian kontrak kerja.
“Mungkin kos nak batalkan kontrak tu mahal sangat kan? So mereka ni proceed je teruskan kontrak & adhere to contract t&c.
“Saya adore awak kerana bercakap tentang apa yang berlaku-, tapi kenapa Di*r? Harap sebab kontrak sudah sign sebelum kejadian. I hope Daiyan akan berhenti bekerja dengan mereka tidak lama lagi.
“Saya cuba be positive maybe sebab dah sign contract before 7 october. Tapi tahun depan saya tak positif lagi. Action speaks louder than words,” komen beberapa netizen. Untuk rekod, sebelum ini Daiyan telah menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin yang teruk dizalimi oleh zionis Israel secara terbuka dalam Instagram miliknya.
Sedar perkongsiannya akan memberi kesan kepada jenama terkemuka yang pernah bekerjasama, Daiyan bagaimanapun tetap berpendirian teguh untuk menentang Israel.
Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi sebarang respons daripada pelantun lagu Penat itu mengenai isu ini selain dipercayai telah memprivasikan akaun X nya.

Berita Trending: Lantang Kritik Buku Puisi '4 Baris' Daiyan Trisha, Ini Yang Terjadi Kepada Wanita Ini!

Berita Trending: Mesra Berduet Bersama, Hun Haqeem & Daiyan Trisha Beri Bayangan Bercinta?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

‘Memerang’ Didakwa Tidak Sesuai Dengan Usia, Ayda Jebat Terima Kritikan Secara Terbuka - “Ini Identiti Saya..”

gempak
28/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat enggan mengambil pusing mengenai kritikan segelintir netizen yang menganggap lagu terbaharunya berjudul ‘Memerang’ tidak bersesuian dengan usia serta statusnya yang kini ibu kepada dua cahaya mata.
Hiburan

Kongsi Video AI Peluk Arwah Bapa, Netizen Sebak Kenang Nasib Fazura - "Tenangkan Dirimu..."

gempak
27/09/2024
01:55 MYT
Pelakon Fazura berkongsi memuat naik video Artificial Intelligence (AI) memaparkan dirinya seakan-akan sedang memeluk arwah bapanya.
Hiburan

Berdiri Atas Satu Pentas Dengan Pelakon Korea, Netizen Terpesona Dengan Kecantikan Siti Saleha

gempak
26/09/2024
08:35 MYT
Pelakon jelita, Siti Saleha meraih tumpuan warganet apabila berada di atas satu pentas bersama aktres dari Korea Selatan, Kim Hye Yoon.
Viral

“Rasa Tanaman Saya Sendiri” - Individu Luah Rasa Jijik Selepas Mendengar Jawapan Dari Seorang Ayah

gempak
25/09/2024
15:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu berkongsi kisah dimana terdapat satu kes mahkamah mengenai seorang bapa merogol anaknya sendiri.
Hiburan

“Jaga Rumah Tangga Kau Sudah!” - Zaquan Adha Bengang Netizen Minta Ibu Jenguk Anak-Anak Rita Rudaini

gempak
24/09/2024
13:57 MYT
Bekas pemain bola sepak negara, Zaquan Adha memuat naik tangkap layar memaparkan mesej yang dihantar oleh seorang wanita kepadanya menerusi Instagram Story (IG Story).
BorakSeeni