Viral
Didakwa Berketurunan Rohingya, Gadis Viral Bersuara Garau Beri Penjelasan
Seorang gadis yang pernah tular kerana suaranya yang unik, Nazrah tampil membuat penjelasan setelah didakwa bukan berasal dari Malaysia.
Menerusi ruangan komen di aplikasi TikTok, individu berkenaan menuduh Nazrah berketurunan Rohingya.
“Dia lancar Bahasa Melayu bukan sebab dia ada IC dan orang Malaysia, dia memang Rohingya, lama dah tinggal sini aku kenal dia ni,” tulis individu tersebut.@harszanjualrumah Replying to @Gifs Original No Name ♬ original sound - harszanjual
Susulan itu, Nazrah tampil memberikan penjelasan bagi menjawab tuduhan tersebut menerusi hantaran video di akaun TikTok miliknya.
Berita Trending: Kenali Nazrah, Wanita ‘Unik’ Bersuara Lelaki
“Aku orang Malaysia lah, aku lahir dekat Johor.“Pasal bukan warganegara tu memang aku warganegara cuma waktu aku baru lahir dekat Johor tu aku tak didaftarkan ke JPN, takde siapa yang bawak, itu sahaja.
“Waktu darjah 6 baru aku tahu aku bukan warganegara lepas tu aku buat permohonan. 10 tahun selepas itu baru permohonan aku diluluskan, alhamdulillah sekarang dah warganegara,” jelas nya pada tuduhan tersebut.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah menerima sebanyak 1.1juta tontonan di aplikasi TikTok.
Must-Watch Video