Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Didakwa Garang Dengan Staf, Ini Respon Mirul & Ain Edruce!

Umirah Halim
12/04/2024 10:00 MYT
Pengacara dan pelakon Ain Edruce memgakui bahawa suaminya, Amirul memang seorang yang sangat tegas apabila sedang bekerja.

Mirul garang

Ain, 30, atau nama sebenarnya Nurulain Edruce berkata staf suaminya menyifatkan Mirul itu sebagai seorang yang tegas apabila di pejabat.

“Tapi betul lah apa yang saya dengar daripada staf dia cakap dia agak tegas lah.

“Di tempat kerja dengan dia tak boleh main-main, sebab dia (Mirul) bekerja dengan adik-beradik dia semua.

“Jadi adik beradik dia lebih lembut sedikit lah terutamanya abang dia.

“Tapi bila dekat Amirul jangan main-main staf dia selalu cakap macam tu lah.

“Jadi saya boleh bayangkan lah dekat tempat kerja dia garang macam mana,” ujarnya ketika ditemui Gempak.

Tegas di kerja sahaja

Dalam pada itu, bagaimanapun Ain memaklumkan bahawa sifat garang Mirul itu hanya dipejabat sahaja, tidak terbawa apabila bersama keluarga.

“Tapi kat rumah dia tak garang, dia lembut-lembut je,” tambah Ain.

Respons Mirul

Sementara itu, Mirul apabila disoal mengenai isu tersebut bagaimanapun hanya menjawab ringkat dan menidakkan perkara itu.

“Takde lah,” jawab Mirul ringkas.

Sebelum ini, perkongsian video Mirul menari yang berniat untuk menghiburkan anaknya, Soraya berjaya mencuri perhatian netizen.

Menerusi ruangan komen dapat dilihat wargamaya yang mengatakan bahawa Mirul merupakan seorang yang garang dan tegas apabila bersama staf.

Antara komen yang diterima:

“Imagine sebelum ni staff di takut dengan dia, tapi sebab video ni, no one can take him seriously ever again.

“Mirul orangnya nampak tegas tapi kalau dengan anak auto ada kelembutan hah gitu.

“Setegas-tegas Mirul, dia tetap kalah dengan anak.

“Untuk staf Mirul, kalau dia marah, pasang lagu ni.

“Mirul ni contoh yang baik pada aku. Sanggup layan anak bini dan tak bawa personaliti kerja balik rumah,” komen beberapa netizen.

Untuk rekod, Ain dan suami berkahwin pada 13 Disember 2019 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya berumur 4 tahun.

Berita Trending: Anak Diserang Sawan, Ain Edruce Kongsi Keadaan Terkini Soraya - "Suhu Badan Dah Turun, Doktor ..."

Berita Trending: [VIDEO] "Saya Penat Buat Lawak, Dia Pula Dapat Nama" - Ain Edruce Dedah Perangai Sebenar Suami Yang Ramai Sebenarnya Tak Tahu!

#Netizen #Garang #Staf #Ain #Edruce #Mirul #Respons
;