Kempen koleksi terbaharu Zara meraih kritikan dalam kalangan netizen apabila konsep fotografi yang diketengahkan oleh jenama fast fashion itu didakwa diinspirasikan daripada kemusnahan yang berlaku di Palestin akibat serangan daripada Israel.



Hal ini kerana, pada siri gambar kempen berkenaan, Kristen McMenamy, model yang menggayakan koleksi Zara Atelier itu dilihat mengusung patung mannequin berbalut kain putih, manakala pada gambar seterusnya seorang model berdiri dalam kotak kayu.

BERITA TRENDING: Shaheizy Sam Nekad Boikot Semua Entiti Yang Terlibat Dengan Israel - “Saya Ada List”

Menerusi komen-komen di media sosial, ramai dalam kalangan netizen menyelar keputusan yang dibuat oleh Zara kerana memilih konsep sedemikian, selain ada yang mencadangkan supaya jenama gergasi yang popular di seluruh dunia itu diboikot.



Zara bagaimanapun telah memadamkan gambar berkenaan, tetapi gambar-gambar lain daripada kempen tersebut masih ada di laman sosial rasmi mereka.