Penyanyi Misha Omar membuat laporan polis terhadap sesetengah individu yang menaburkan fitnah dan menuduh dirinya menggunakan 'mak esah' atau ilmu sihir untuk memenangi Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) menerusi lagu Sampai Bila.
Lagu Sampai Bila ciptaan Sharon Paul, Ahmad Fedtri Yanya dan Shah Shamshiri meraih tempat ketiga di AJL 33 manakala Misha turut menggondol trofi Vokal Terbaik di pertandingan tersebut
Membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara dan Balai Polis Salak Selatan, Misha memberi tempoh tujuh hari kepada beberapa individu yang menyebarkan fitnah kepada di internet.
"Saya mahu individu-individu terbabit bertemu empat mata dengan saya dan pihak peguam bagi menjelaskan fitnah yang dibuat serta membuat permohonan maaf tanpa bersyarat.
“Saya rasa bertanggungjawab untuk diri sendiri... Bayangkan, kerjaya seni saya yang dibina selama 17 tahun terjejas dek kerana kata-kata yang tidak benar.
“Jadi, saya mahu menuntut keadilan apabila sudah membuat laporan polis kerana fitnah yang dilakukan semakin menjadi-jadi. Selain itu, saya juga membuat laporan di Surahanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.
"Saya juga mendapatkan khidmat peguam kerana fitnah yang membabitkan ilmu sihir atau khurafat memang tak boleh diterima akal," kata Misha.
Misha ditemui di sidang media tergempar di KL Eco City Mall, Pantai Dalam, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Turut hadir bersama Misha ialah wakil peguam Abi Mursyidin Awal dan Ahmad Fuad Hasim dari Amelda Fuad Abi & Aidil.
"Kami berharap individu terbabit memadam kemas kini berunsur fitnah yang dimuat naik mereka supaya cerita palsu terbabit tidak terus tersebar luas.
"Namun, sekiranya jika mereka tidak tampil bertemu kami dalam tempoh tujuh hari, kami langsung tak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya," kata Abi pula.
Tambah Misha, dia tidak keberatan untuk memaafkan perbuatan mereka jika individu-individu terbabit tampil bertemu dengannya dalam tempoh tujuh hari.
“Saya teringin untuk bertemu, bertentang mata dan bertanya kepada mereka, dari mana mereka tahu mengenai perkara yang mereka tulis di media sosial itu.
“Saya pelik, saya tak mengenali mereka secara peribadi, macam mana cerita ini boleh timbul? Jadi, alang-alang kita tidak kenal sesama sendiri, lebih baik kita bersemuka.
"Saya bukan nak minta ganti rugi membabitkan sebarang kos, apatah lagi saman... Cukup sekadar kita bertemu untuk meminta maaf dan saya juga akan memaafkan mereka tanpa bersyarat juga," katanya lagi.
Kamaruddin Razal
Fri Feb 15 2019


Muda 4 Hari, Adik Shila Amzah Tak Nak Panggil Ubai Dengan Panggilan ‘Abang’
Habis tu nak panggil apa?

Terpengaruh Kartun, Budak Empat Tahun Terjun Dari Tingkat 26 Guna Payung
Bahaya tu...

Warga Emas Maut Selepas Cabut 12 Batang Gigi
Macam mana boleh jadi begitu?

#BIGSTAGE5: Tiga Kali Bottom Three, Meer Nash Akur Tersingkir! Semak Markah Penuh Semua Peserta
Semoga maju jaya di luar sana Meer Nash!

“Saya Bukan Doktor, Saya Hanyalah Pelakon” - Mario Maurer Nasihatkan Peminat Yang…
Eh peminat tanya apa tu?

#BIGSTAGE5: Hari Jiwa Galau! Ini Senarai Lagu Minggu Keempat, Semoga Hati Kuat
Malam galau minggu keempat.

Tiket Licin 48 Jam, Konsert D'Masiv Tambah Satu Malam Lagi! - "Giring Pula Diundang Sebagai ..."
Wow! Peluang koranglah ni.

Penyanyi Lagu 'I Don't Care' Rendy Pandugo Datang KL 10 Jun Ini - "Ini Kesempatan Besar, Tak Mungkin ..."
Rendy Pandugo dijadualkan akan menghiburkan peminatnya pada 10 Jun 2023 di Gudang Space @ The Paddock, Petaling Jaya, Selangor

“Kuatkan Diri Walaupun Tidak Boleh Berjalan…” - Tiada Niat Rahsiakan Pertunangan, Ubai Lebih Utamakan Kesihatan Ibu
Doakan semoga ibu Ubai kembali sihat. Amin.

“Kerana Tanggungjawab Sebagai Seorang Ibu, Saya…” - Linda Rafar Kembali Aktif, Kini Muncul Dengan Sujud
Bagi ibu anak tetap nombor satu.