Viral

Didakwa Hasilkan Konten Berbentuk LGBT, Imran Bard Mohon Maaf - “Tuduhan Saya Yang Sangat Berat”

gempak
Mya Amri
11/02/2025
03:27 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Hasilkan Konten Berbentuk LGBT, Imran Bard Mohon Maaf - “Tuduhan Saya Yang Sangat Berat”
Pempengaruh, Imran Bard membuat permohonan maaf kepada semua pihak yang tersinggung selepas didakwa menghasilkan kandungan media sosial berunsurkan LGBT.

Mengakui kesilapan, mohon maaf

Mengakui kesilapannya menghasilkan kandungan tersebut berdasarkan rujukan barat tanpa mempertimbangkan sensitiviti serta adat dan budaya Melayu, Imran berjanji akan lebih peka dalam pemilihan konten selepas ini.

“Imran ingin memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan kandungan yang Imran kongsikan baru-baru ini. “Tuduhan bahawa Imran menormalisasikan isu LGBT adalah sesuatu yang sangat berat. Imran akui kesilapan kerana menghasilkan kandungan tersebut berdasarkan rujukan barat tanpa mempertimbangkan sensitiviti serta adat dan budaya Melayu pada ketika itu.

“Imran amat kesal jika perkara ini telah mengecewakan mana-mana pihak.
“Imran mengambil maklum setiap teguran yang diberikan dan akan berusaha untuk lebih peka serta bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan pada masa akan datang. Terima kasih atas nasihat dan pandangan yang diberikan,” tulisnya menerusi ciapan di X.

Ada sebab ambil masa untuk mohon maaf

Jelas Imran lagi, dia mengambil masa untuk memuat nak hantaran itu kerana enggan dilihat sebagai individu yang meminta maaf kemudian mengulangi perbuatannya.

“Saya betul-betul nak minta maaf dan sejujurnya ia mengambil masa sebab saya tidak mahu dilihat sebagai seseorang yang buat salah, minta maaf, selepas itu lagi. “Saya tahu saya akan membuat kesilapan lain di masa akan datang tetapi satu perkara yang saya boleh janji, ia tidak akan menjadi kesilapan yang sama.

“Saya sangat menghargai semua nasihat dan maklum balas, saya janji akan gunakannya dengan baik sebagai panduan di masa akan datang,” coretnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Dikecam Susukan Anak B*bi, Imran Bard Tak Kisah - “Ini Satu Pengalaman Yang Indah…”

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Terhibur Wajah Imran Bard Persis Atlet Olahraga Olimpik Amerika Syarikat - “Muka Sama Perangai Sama”

ARTIKEL BERKAITAN:Beri Alasan Mahu Ke Coachella, Imran Bard Sedih Permohonan Visa Ke Amerika Syarikat Ditolak - “Bayar RM888 Just For The Interview”

ARTIKEL BERKAITAN:Dipetik Join PLKN, Azfarheri Dan Imran Bard Tunjuk Cara Kawad! Netizen Usik - “Ni Trainer Yang Koyak Nanti”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO]: "Senyap Pun Aku Gelak” - Imran Bard Jumpa Kembar, Tak Cakap Apa Pun, Ramai Rasa Lucu

Terdahulu, tular tangkap layar menunjukkan Imran melakukan aksi mesra dengan seorang lelaki ketika memasak.
Selain berpegangan tangan, Imran dilihat berpelukan dengan lelaki berkenaan.
Perkongsian Imran mengundang kecaman netizen yang rata-ratanya menyifatkan tindakannya itu keterlaluan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024